
YAMAHA LANCAR SKUTER COMEL VINO 2022 DI JEPUN. 2 TONA, ENJIN 50CC, RM7,400 SAHAJA
Sejak tahun 1997, skuter kompak Yamaha Vino cukup popular di pasaran Jepun terutama dalam kalangan pembeli muda yang mahukan sebuah jentera mampu milik dan mudah ditunggang di bandar.
Vino kekal popular sehingga kini dan ia ada ditawarkan di negara jiran seperti Thailand. Vino tampil dengan rekaan retro dan sangat comel. Bagi menarik minat lebih ramai pembeli, Yamaha memberikan skuter itu dua warna menarik untuk model tahun 2022.

Dijangka diperkenalkan pada April depan, Vino hadir dengan dua pilihan warna baharu iaitu biru/beige dan hijau gelap matte yang cukup sporty. Kalau tidak suka, boleh sahaja pilih warna sedia ada yang dilancarkan tahun lalu seperti merah, hitam, beige dan coklat metalik.
Imej retro dipertingkatkan lagi menerusi jalur pada bahagian badan, pelana berwarna coklat dan pemijak kaki.

Penampilan dua tona itu diserlahkan dengan rekaan lampu tunggal berbentuk bulat, sepasang lampu isyarat membelok pada fender, rim aloi berwarna hitam dan kluster meter.
Vino turut dilengkapi sistem brek gabungan (CBS) dan sistem melahu/henti untuk menjimatkan penggunaan bahan api. Mungkin ramai yang tidak tahu, ia sebenarnya berkongsi platform dengan skuter Honda Metropolitan.
Untuk pasaran Jepun, Vino digerakkan oleh enjin bersesaran 50cc silinder tunggal dan ditawarkan pada harga 203,500 yen (RM7,400) seunit.
- BACA: YAMAHA R1 GYTR SPECIAL EDITION JADI HADIAH PERPISAHAN VALENTINO ROSSI
- BACA: TOYOTA MINTA YAMAHA BANGUNKAN ENJIN HIDROGEN V8 NA. KUASA CECAH 444HP, 540NM
- BACA: SUSAH HATI YAMAHA RX-Z POS DARI TAWAU SEJAK DISEMBER BELUM SAMPAI
- BACA: YAMAHA X-MAX 2022. ENJIN EURO4, KUNCI REKAAN BAHARU, 2 PILIHAN WARNA, BERMULA RM21,998







