Motosikal

APRILIA LANCAR SKUTER SR GT 200 DI JEPUN. HARGA BERMULA RM19,000

Sejak beberapa tahun ini, skuter semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar jentera roda dua.

Bukan sahaja permintaan tinggi di negara-negara Eropah, skuter turut meraih jualan yang baik di Asia dan Asia Tenggara.

Terbaharu, Aprilia melancarkan skuter SR GT 200 di pasaran Jepun.

Skuter SR GT 200 dibangunkan untuk memenuhi permintaan para pengguna bandar ditawarkan pada harga bermula AS$4,762 (RM19,963).

Dari segi rekaan, ia menampilkan bahasa reka bentuk Aprilia yang dipadankan dengan skuter.

Bahkan, terdapat beberapa persamaan dalam rekaan model berkuasa tinggi yang diserapkan skuter SR GT 200.

Ia termasuk rupa paras yang garang seperti sportbike RS660.

Selain itu, warna dipadankan pada skuter terbabit menggunakan sentuhan warna Aprilia Factory Racing sekali gus mencerminkan DNA Aprilia.

Skuter berkenaan mendapat khidmat enjin satu silinder 174 cc yang mampu menjana kuasa 17.4 hp. – rideapart

Google ads
Back to top button