
YAMAHA LANCAR SKUTER ELEKTRIK NEO’S DI EROPAH. 37KM SEKALI CAJ, BOLEH TUKAR BATERI, BERMULA RM14K
Yamaha Motor Co. Ltd. dilapor bakal melancarkan sebuah skuter elektrik dengan teknologi penukaran bateri ke pasaran Eropah bermula Mac ini.
Lebih menarik lagi, skuter elektrik yang diberi nama NEO’S itu bakal tiba di pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi secara berperingkat-peringkat. NEO’S dibina berasaskan kepada rekaan model konsep Yamaha Jin-Ki Kanno EV.
Seperti yang boleh dilihat, NEO tampil dengan rekaan ringas dan bergaya. Di Eropah, wujud satu segmen pengguna yang sudah mula beralih daripada kereta dan membeli skuter. Perubahan itu berikutan timbulnya kekangan seperti zon tanpa kenderaan, masalah parkir dan kesesakan jalan raya.

Pengguna skuter tradisional juga semakin berminat untuk beralih kepada skuter elektrik. Ini menyebabkan permintaan terhadap skuter kelas 2.5kW dijangka terus meningkat.
NEO’S dipasang oleh anak syarikat Yamaha iaitu Yamaha Motor Vietnam Co., Ltd. (YMVN). Jentera comel itu dikuasakan oleh sistem Yamaha Integrated Power Unit II (YIPU II) dan bateri yang menawarkan jarak perjalanan sejauh 37km.
Walaupun tidak jauh, namun ia cukup untuk perjalanan dalam bandar. Lagipun, baterinya boleh ditukar dengan pantas dan tidak perlu menunggu untuk dicaj penuh.
MEO’S dijangka ditawarkan pada harga sekitar 2,999 euro (RM13,800) dengan sasaran jualan sebanyak 10,000 unit setahun.
- BACA: SUSAH HATI YAMAHA RX-Z POS DARI TAWAU SEJAK DISEMBER BELUM SAMPAI
- BACA: YAMAHA X-MAX 2022. ENJIN EURO4, KUNCI REKAAN BAHARU, 2 PILIHAN WARNA, BERMULA RM21,998
- BACA: YAMAHA LANCAR SKUTER COMEL VINO 2022 DI JEPUN. 2 TONA, ENJIN 50CC, RM7,400 SAHAJA
- BACA: YAMAHA 135LC Fi 2022 RASMI DILANCARKAN. 12.5HP/12.2NM, 4-SPEED, BERMULA RM7,798
GALERI











