Buletin

BAS SEKOLAH KUNING DI AS INI RUPANYA MILIK DAIMLER DAN AKAN GUNA BATERI

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Sudah sampai masanya badan kerajaan atau bukan kerajaan mengiktiraf warisan automotif yang ikonik seperti Honda Super Cub, Mini Cooper, Volkswagen Beetle atau apa-apa sahaja yang mempunyai nilai sejarah. Okay mungkin sukar sebab ini bukan bangunan atau kawasan bersejarah seperti yang diiktiraf UNESCO.

Apa pun bagi terus mendepani zaman dan trend, pemain industri automotif perlu peka dan cepat bertindak walaupun anda menjalankan perniagaan bas sekolah. Sekarang ini trend teknologi hijau sudah pun mula melebar dan syarikat bas sekolah berwarna kuning yang ikonik juga turut mahu ikut serta.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Rupa-rupanya bas sekolah kuning di Amerika Syarikat yang selalu digunakan dalam filem dan drama bersiri Hollywood dikeluarkan oleh syarikat bernama Thomas Built Buses.

Syarikat ini telah diasaskan pada lebih dari seratus tahun dulu iaitu pada tahun 1916 dan sehingga bulan Ogos 2017 memiliki 38.7 peratus pasaran yang menjadikannya peneraju syarikat pengeluar bas sekolah di Amerika Utara.  

Satu lagi fakta ialah, Thomas Built Buses ini adalah subsidiari kepada syarikat Daimler Amerika Utara. Daimler mempunyai beberapa jenama di bawahnya seperti Mercedes-Benz, Mitsubishi FUSO, Beijing Automotive Group dan sebagainya.

Syarikat ini telah memperkenalkan bas sekolah kuning baharu dan ia dijanakan oleh kuasa elektrik. Bermula pada tahun 2019, Bas Elektrik Saf-T-Liner C2 atau nama singkatannya Jouley akan digunakan untuk membawa para pelajar di serata Amerika Syarikat.

Bas itu mampu memuatkan sehingga 81 kanak-kanak dengan selamat, tanpa bunyi enjin yang bising dan paling bagus ialah tanpa asap yang berbahaya. Bateri berkapasiti 160kWh pada bas itu mampu bertahan sehingga 160 kilometer.

Jika itu tidak cukup atau takut-takut terlupa nak cas bateri dan habislah ramai kanak-kanak tidak ke sekolah, pemilik boleh memesan pek bateri yang menawarkan julat perjalanan lebih jauh.

Terima kasih kepada Daimler, syarikat bas Thomas Built Buses berupaya membangunkan pengangkutan mesra alam ini melalui teknologi yang dimiliki mereka.

 

Tags
Google ads
Back to top button