Buletin

TESLA TAWAR AKSESORI POWERBANK – RM186 SEUNIT DAN SUDAH HABIS DIJUAL!

Bagi mereka yang tidak mahu kalah dari segi gaya, ada satu aksesori yang wajar anda miliki. Terimalah powerbank daripada pengeluar kereta elektrik terkemuka dunia, Tesla.

Ditawarkan pada harga AS$45 (RM186) seuniit, reka bentuk power bank itu diinspirasikan daripada monumen supercharger Tesla di Tesla Design Studio.

Selain daripada rekaannya yang cantik, perkara menarik tentang alat tersebut ialah ia menampilkan satu sel bateri 18650 berkapasiti 3350mAh yang digunakan pada Tesla  Model S dan Model X. Bezanya, Model S dan X menggunakan kira-kira 7,000 unit bateri.

Tesla Powerbank sesuai digunakan untuk semua model iPhone terkini (Nokia dan BlackBerry boleh guna ke ni?). Ia juga memiliki satu port USB, micro-USB dan sambungan Apple lightning yang membolehkannya turut mengecas peranti Android.

Sememangnya ini bukanlah untuk semua orang kerana kita mempunyai banyak pilihan powerbank lain yang lebih murah, jenama Pineng misalnya.

Walaupun anda tidak kisah berbelanja, malangnya semua Tesla Powerbank ini sudah habis dijual menerusi laman web rasmi Tesla.

Google ads
Back to top button