Buletin

DAIMLER BAKAL LEPASKAN 25 PUSAT PAMERAN MERCEDES DI EROPAH. NAK JANA RM5 BILION

Daimler dalam perancangan menjual 25 pusat pameran Mercedes di Eropah bagi menjana simpanan tunai €1 bilion (RM5 billion) untuk jenama terbabit.

Akhbar Jerman, Handelsblatt melaporkan Daimler berusaha melepaskan pelbagai pengedar di United Kingdom (UK), Sepanyol dan Belgium yang menempatkan kira-kira 2,800 pekerja.

Menurut akhbar itu lagi, ia merupakan sebahagian daripada langkah Ketua Eksekutif Daimler, Ola Kallenius dalam meningkatkan simpanan tunai syarikat dan mengurangkan kos tetap.

Jurucakap Daimler memberitahu, mereka meletakkan keutamaan kepada kelangsungan pekerjaan setiap individu yang bekerja di lokasi tersebut dalam penjualan itu.

Daimler percaya setiap fasiliti berkenaan mampu dijual antara €30 juta (RM150 juta) sehingga €40 juta (RM200 juta) – carscoops

Google ads
Back to top button