Buletin

DAIMLER HARGAI 160,000 PEKERJA. HADIAHKAN BONUS CORONA RM4.9K

Seramai 160,000 pekerja Daimler bakal menerima bonus corona sebanyak AS$ 1,210 (RM4,900) dalam membantu meringankan beban ditanggung mereka termasuk terpaksa memakai pelitup muka dan bekerja di rumah.

Menurut kenyataan Daimler yang merupakan pemilik Mercedes-Benz, semua pekerja Daimler layak mendapat bonus termasuk semua ketua pasukan di Daimler, Mercedes-Benz, Daimler Truck, bahagian Daimler Mobility dan semua anak syarikat di Jerman.

β€œDalam tempoh yang luar biasa ini, syarikat boleh bergantung kepada fleksibiliti dan kesediaan tenaga kerja,” kata Ketua Pegawai Daimler, Wilfried Porth.

Bonus tersebut dibayar bersama dengan gaji pada bulan Disember. – agensi

Google ads
Back to top button