GEELY TINGKAT KERJASAMA DENGAN DAIMLER. PERKENAL MODEL LYNK & CO DI EROPAH TAHUN INI
Geely dilapor mahu meneroka kemungkinan menjalin kerjasama lebih erat dengan pengeluar kereta mewah Jerman, Daimler AG, jelas Pengerusinya, LI Shufu.
Geely membeli 9.69 peratus saham Daimler pada tahun 2018. Kedua-dua syarikat itu kemudian membentuk syarikat kerjasama yang berpangkalan di China untuk membina kereta elektrik Smart dan perkhidmatan e-hailing premium. Mereka juga melabur ke dalam seuah syarikat kereta terbang, Velocopter.
Pengeluar kenderaan berpengaruh China itu dijangka melancarkan beberapa produk dan perkhidmatan baharu ke pasaran tempatan tahun ini. Geely juga merancang untuk memperkenalkan model Lynk & Co di Eropah tidak lama lagi.
Li menyatakan pasaran automotif China kini sudah kembali normal. Selain menyifatkan gangguan bekalan automotif global bersifat sementara dan masih boleh diuruskan.
Ketika COVID-19 mula menular pada Februari, jualan kenderaan di China jatuh sebanyak 79 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.