Artikel Pilihan

BASIKAL YANG DIKELUARKAN OLEH SYARIKAT AUTOMOTIF. MELELEH AIR LIUR

Jangan sangka di sebalik pelbagai produk kereta dan juga SUV yang dihasilkan oleh syarikat automotif ternama dunia, dalam diam mereka juga ada menghasilkan beberapa rekaan basikal yang amat futuristik. Sesetengah rekaan ini datang dengan motor elektrik bagi membantu perjalanan anda, tak ada lah penat sangat nak mengayuh.

1. BMW Cruise e-bike

Mungkin disebabkan Tom Cruise selalu menggunakan kereta BMW dalam filem aksi Mission Impossible, maka BMW menamakan basikal rekaan mereka sebagai Cruise e-bike. Basikal ini dilengkapi denganbateri Bosch 250W untuk membantu kayuhan sehingga halaju 24km/j. Ia tidaklah selaju motosikal tapi membantu kayuhan menjadi lebih mudah. Harganya pula ialah sekitar RM 16,242 per unit.

2. Alfa Romeo 4C IFD

Basikal keluaran Alfa Romeo ini dihasilkan dengan menggunakan gentian karbon dengan berat kerangka hanyalah sekitar 6.9kg saja. IFD membawa maksud Innovative Frame Design namun ia tidak dibekalkan dengan motor elektrik. Gentian karbon bukan murah tuan kerana basikal ini berharga sekitar RM 48,726. Tak payah sembang kalau basikal anda harga RM 500 sahaja.

3. Aston Martin One-77 Cycle

No 1, hanya 77 unit basikal Aston Martin One-77 dihasilkan di dunia ini. No 2 ia sangat mahal tuan, dengan harga mencecah RM 178,662 anda boleh dapat sebuah rumah apartment di Malaysia. Ia datang dengan kerangka gentian karbon, gear Shimano Dura-Ace Di2 7970, brek cakera, roda gentian karbon 8 bilah dan pemegang tangan dibalut kulit. Ni kalau usung dalam kedai orang pun paham.

4. Porsche RS/RX

Ada 2 varian yang dikeluarkan iaitu RX untuk offroader dan RS untuk bersiar-siar di taman. Kerangka kedua-dua model ini dihasilkan dengan menggunakan gentian karbon termasuklah roda menjadikan berat keseluruhan basikal kurang 10kg. Bagi versi RS ia datang dengan kombinasi 22 gear. Brek cakera depan dan belakang adalah standard. Harga bagi versi RS ialah RM 25,272 sahaja.

Range Rover Evoque Concept Road Bike (2011)

5. Range Rover Evoque Road Bike

Macam biasa, kerangka basikal ini dihasilkan daripada gentian karbon, pemegang tangan menggunakan aloi, tempat duduk kulit sistem dengan teknologi gel dan 20 gear yang dihasilkan oleh Shimano Ultegra. Harganya ialah RM 109,633 sahaja. Sikit lagi nak cecah harga Civic Ketam.

6. McLaren Tarmac

Dengan hanya 250 unit sahaja dihasilkan, basikal ini tak murah. Sekitar RM 110,000 sahaja. Tapi ia datang dengan kerangka gentian karbon, gear Shimano DuraAce 11 kelajuan, tayar rintangan golek rendah, pedal yang dihasilkan dari nylon, serta penggunaan aloi alumonium, magnesium dan juga titanium pada beberapa komponen.

7. Audi e-Bike

Harga basikal Audi e-Bike ini sekitar RM 84,500 tapi hanya 100 unit sahaja dihasilkan di seluruh dunia. Ia datang dengan cesi gentian karbon, set gear Shimano XTR Di2, penyerap hentak DT Swiss’s OPM O.D.L, tayar DT Swiss’s XMC 1200, brek cakera Magura’s MT8, bateri ion lithium serta sistem komputer Bosch’s Nyon yang mengawal motor elektrik 2.3kW pada sistem gear

8. MINI Folding Bike

Istimewa basikal ini ialah, ia boleh dilipat dan disimpan dalam bonet. Jadi kereta anda boleh lalu laluan SmartTag di lebuhraya. Kerangka basikal ini dihasilkan daripada aloi aluminium, pemegang tangan kulit, tempat duduk kulit, 8 gear, rantai yang disalut dengan Teflon untuk mengelakkan karat serta berat kurang dari 8kg. Harganya sekitar RM 3523 sahaja.

Google ads
Back to top button