Buletin

HYUNDAI HADIAHKAN TUCSON HYBRID PADA SETIAP PEMAIN ATLETICO MADRID

Pengeluar kenderaan, Hyundai menghadiahkan setiap pemain pasukan Atletico Madrid yang kini menerajui La Liga di Sepanyol sebuah Tucson baharu.

Hyundai merupakan penaja rasmi Atletico Madrid menyerahkan jentera terbaharu tersebut kepada para pemain lelaki dan wanita pasukan terbabit secara percuma.

Acara penyerahan SUV kepada para pemain berlangsung di Stadium Wanda Metropolitano.

Antara bintang yang hadir dalam sesi penyerahan termasuk Joao Felix, Yannick Carrasco, Saul Niguez, Amanda Sampedro, Deyna Castellanos dan Toni Duggan.

Jentera hybrid berkenaan didatangkan enjin 1.6 liter turbo dan motor elektrik 44.2 kW yang mampu menjana kuasa 226 hp dipadankan transmisi automatik enam kelajuan.

Tuscon terbaharu itu mendapat sentuhan warna merah sama seperti warna rasmi pasukan Atletico Madrid- carbuzz

Google ads
Back to top button