Artikel Pilihan

BATERI 12 VOLT LEMAH, PINTU GAGAL DIBUKA. BAYI 20 BULAN TERPERANGKAP DALAM TESLA MODEL Y

Seorang bayi berusia 20 bulan terperangkap di dalam SUV Tesla Model Y milik neneknya selepas bateri 12 volt yang ada pada kereta elektrik ini tidak dapat menghantar kuasa yang cukup bagi mengoperasikan tombol pintu. Punca kejadian adalah disebabkan kuasa bateri ini gagal mencapai 12 volt akibat kehausan biasa

Dalam kejadian yang berlaku di Arizona, Renee Sanchez baru sahaja meletakkan cucunya di dalam kerusi bayi untuk menuju ke Pheonix Zoo apabila menyedari pintu depan SUV elektrik ini gagal dibuka. Tambah membimbangkan ialah ketika kejadian, sistem penyaman udara tidak beroperasi dan suhu meningkat kepada 46 darjah Celcius

Renee gagal membuka pintu dengan menggunakan kad kunci ataupun telefon pintar miliknya di halaman rumah mereka. Sebagai jalan terakhir Renee terpaksa menelefon pihak bomba bagi meminta bantuan, dan meminta pihak bomba memotong 2 Tesla Model Y jika perlu untuk menyelamatkan nyawa cucunya

Walaubagaimanapun pihak Bomba hanya menggunakan kapak bagi memecahkan cermin depan Tesla Model Y dan menyelamatkan bati berkenaan. Semasa kejadian berlaku, bateri ion lithium Tesla Model Y berkenaan telah dicaj sepenuhnya

Dalam kejadian lain pada hari yang sama, seorang lagi pemilik Tesla Model Y 2021 terperangkap di dalam kereta disebabkan isu yang hampir sama. Diane memberitahu bahawa Tesla Model Y berkenaan telah dicaj sepenuhnya, namun pintu dan cermin sisi gagal dibuka sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta

Malah cubaan Diane untuk mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan buku manual yang tersimpan di dalam laci kereta juga gagal disebabkan laci berkenaan turut terkunci. Hanya selepas bertenang dan mencari penyelesaian di dalam Aplikasi Tesla barulah Diane menjumpai SOP untuk membuka pintu jika berlaku kegagalan pada sistem.

Pada bulan May 2024, seorang lagi pemilik Tesla iaitu Brianne Janel terperangkap selama 40 minit dengan suhu mencecah 39 darjah celcius di California selepas pintu keretanya gagal dibuka sewaktu proses kemaskini perisian (OTA atau Over The Air Update).

Pada bulan February 2024 pula, seorang pemilik Tesla Model Y, Angela Chao maut selepas SUV ini tergelincir dan terbabas dalam tasik berhampiran rumahnya. Dalam kes sebegini, pemandu perlu membuka pintu secara manual jika sistem elektronik dan motor yang digunakan untuk membuka pintu gagal berfungsi

Seperti biasa Tesla Amerika tidak memberi kenyataan berhubung isu ini malah Tesla telah menutup operasi pejabat Customer & Media Relation. Bijak kan

Google ads
Back to top button