Artikel Pilihan

BRIDGESTONE POTENZA ADRENALINE RE005 – STREET PERFORMANCE SETIAP HARI

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 ni nampaknya bukan sekadar tayar sporty biasa yang sedap dipakai di atas kertas atau dalam brosur semata-mata. Kami sendiri sudah pun menguji sendiri tayar ni di litar tertutup Bridgestone yang terdiri daripada laluan lurus, mengambil selekoh pada halaju tinggi, menukar laluan pada halaju tinggi dan juga di laluan jalan basah

Jika dibandingkan dengan jenama tayar premium yang lain, terus terang kami boleh terangkan yang tayar ini memang terasa lebih “sedap” berbanding RE003 dan RE004 sebelum ni. Malah dalam beberapa aspek, RE005 mampu mengalahkan tayar premium dari jenama lebih mahal popular yang lain

Antara perkara menarik pada RE005 ialah penggunaan teknologi ENLITEN™. Bridgestone bukan sekadar menukar ramuan tayar semata-mata, tapi keseluruhan struktur tayar dibuat lebih efisyen dan lebih ringan sebanyak 4%. Apabila tayar ringan, rintangan golek menjadi semakin berkurang sekaligus meningkatkan kecekapan bahan api

JIka dibandingkan dengan tayar RE005 sebelum ini, penggunaan polimer khas yang mengurangkan geseran golek menawarkan peningkatan Rolling Resistance Coefficient sebanyak 14% berbanding dengan tayar RE004. Faktor ini juga mendorong peningkatan jangka hayat tayar sebanyak 4%

Ini menjadikan tayar Brodgestone Potenza Adrenaline RE005 menjimatkan minyak dan tenaga elektrik, sesuai untuk kereta petrol, hybrid dan juga elektrik

Sidewall pula direka supaya kurang flex ketika mengambil selekoh atau menukar arah secara agresif. Hasilnya, steering rasa lebih mudah dikawa, lebih cepat memberi respon dan stering terasa lebih “bercakap” dengan jalan.

Untuk model kali ini Bridgestone menyediakan lebih 50 pilihan saiz bermula dari 15 inci hinggalah saiz 20 inci untuk kereta sport prestasi tinggi. Maksudnya, bukan setakat hot hatch atau sedan sport saja boleh pakai, malah kereta harian biasa boleh menaiktaraf kepada tayar RE005 dengan karakter lebih sporty tanpa perlu menukar rim ekstrem mahupun sistem suspensi

Jika anda meneliti rekaan tread (bunga tayar), anda akan perasan yang Bridgestone memang memberi fokus pada steering response dan kestabilan ketika selekoh. Shoulder block di bahagian luar tayar direka lebih besar membantu tayar kekal stabil bila masuk selekoh laju atau ketika penukaran lorong dibuat secara mengejut.

Bridgestone Potenza Adrenaline menawarkan rasa stering yang lebih solid dan meyakinkan, terutama pada kelajuan tinggi. Satu lagi teknologi menarik ialah A-Shape Block Design yang berada di bahagian tengah tayar. Rekaan ni membantu steering feel jadi lebih progresif apabila kereta dipandu secara agresif.

Maksudnya, apabila kereta memasuki selekoh pada halaju tinggi, tayar RE005 akan membina cengakaman secara progresif dan memberi maklumbalas jika had geseran sudah mencapai tahap maksimum. Tayar RE005 mampu mencapai sehingga 0.88 lateral G ketika di selekoh satu angka yang agak serius untuk tayar street performance.

RE005 juga menggunakan rekaan longkang rain groove baru yang lebih efisyen untuk mengalirkan air keluar dari permukaan tayar bagi meningkatkan cengkaman di atas jalan basah. Bridgestone RE005 kini menawarkan prestasi membrek di atas jalan basah kini 10% lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Apa yang bagus berkenaan dengan RE005 ialah ia bukannya tayar track yang keras, bising dan memenatkan untuk dipakai hari-hari. Sebaliknya, karakter RE005 lebih kepada tayar street performance yang seimbang, cengkaman kuat dalam semua keadaan cuaca, respon steering sedap, tapi masih selesa dan senyap untuk kegunaan harian.

Google ads
Back to top button