Buletin

BAUTO DEDAH MAZDA BT-50, KIA CARNIVAL DI PAMERAN AUTO CARLIST.MY PADA 3 HINGGA 5 DISEMBER

Bermaz Auto Berhad (BAuto) bakal mendedahkan secara eksklusif model terbaharu Mazda BT-50 dan KIA Carnival di Pameran Auto carlist.my “Drive” , Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 3 hingga 5 Disember ini.

Kedua-dua model berkenaan akan dibuka tempahan secara rasmi pada 3 Disember.

Selain dua model eksklusif  tersebut, BAuto turut akan mempamerkan jenama kenderaan-kenderaan di bawah kumpulan itu iaitu Mazda, Peugeot dan Kia.

Antara kenderaan yang akan dipamerkan termasuk Mazda CX-5, Mazda CX-30, Mazda3, Peugeot 3008 dan Peugeot 5008.

Google ads
Back to top button