Buletin

1,500 UNIT KIA EV6 FIRST EDITION HABIS DITEMPAH DALAM MASA SEHARI

Sebanyak 1,500 unit Kia EV6 First Edition habis ditempah dalam masa satu hari sahaja di pasaran Amerika Syarikat (AS).

Model edisi terhad Kia EV6 First Edition ditawarkan pada harga AS$58,500 (RM240,745) itu habis ditempah ketika tempahan dibuka secara langsung.

Ia didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu kuning (Urban yellow) dipadankan kerusi warna hitam, putih (Glacier-kerusi warna hijau gelap) dan kelabu (Gray Matte-kerusi warna hitam).

Para pelanggan yang menempah kenderaan terbaharu tersebut diberi tiga pilihan hadiah iaitu pengecas kenderaan di rumah, 1000 kWh kredit menerusi rangkaian stesen pengecas di seluruh negara dan jam tangan Apple Watch.

Menurut Kia, lebih 81 peratus para pelanggan yang melakukan pra-tempahan memilih pengecas di rumah.

Antara ciri-ciri menarik yang didatangkan EV6 First Edition termasuk sil pintu dengan latar pencahayaan dan paparan First Edition, lencana nombor siri, Augmented Reality Head-Up Display dan Bantuan Parkir Pintar Kawalan Jauh.

Selain itu, ia turut hadir dengan bumbung matahari, rim 20 inci dan sistem audio premium 14 speaker Meridian.

Kia menawarkan dua jenis sistem pancuan roda untuk EV6 di AS iaitu pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD).

Penghantaran Kia EV6 First Edition kepada pengedar dijangka bermula pada suku pertama tahun 2020 bagi semua 50 negeri di AS. –carbuzz

Google ads
Back to top button