Buletin

PEUGEOT 2008 CKD MULA DIHASILKAN DI GURUN. THAILAND JADI PASARAN PERTAMA

Peugeot 2008 rasmi dihasilkan di saluran pengeluaran buat pertama kalinya di kilang Stellantis di Gurun, Kedah. Sebagai sebahagian daripada strategi lokalisasi, Stellantis kini memasang SUV berkenaan di Malaysia bagi memenuhi permintaan di rantau Asia Tenggara.

“Dibina di ASEAN untuk ASEAN. Kami berbesar hati untuk mengumumkan Peugeot 2008 pemasangan tempatan bakal menemui pelanggan di Asia Tenggara dalam beberapa bulan lagi.

“Ia merupakan satu langkah penting untuk mengembangkan pengilangan Stellantis di rantau ini,” kata Naib Presiden Kanan, Pengedaran Umum & ASEAN Stellantis, Christophe Musy.

Peugeot 2008 CKD akan memulakan jualan di pasaran Thailand pada Disember ini. Sebelum diikuti oleh pasaran pemanduan sebelah kanan yang lain.

SUV tersebut hadir dengan lampu utama LED, Peugeot i-Cockpit 3D baharu, kluster 3D Quartz dan skrin sentuh HD bersama suis-suis kawalan.

Ia turut dilengkapi Sietem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti berikut:

 Brek Kecemasan (VAEB)

 Maklumat Had Kelajuan dan Adaptasi Kelajuan  Pintar (SLI/ISA)

 High Beam Assist (HBA)

 Lane Keep Assist (LKA)

 Driver Attention Assist 3 (DAA3)

 Sensor Parkir Hadapan dan Belakang dengan Kamera Undur

 Pengesan Titik Buta Aktif + Lane Keep Assist (LKA)

Bagi menawarkan prestasi terbaik dalam kelasnya, Peugeot 2008 telah menjalani ujian ketahanan di Malaysia melibatkan jarak sejauh 200,000km.

Pengeluaran Peugeot 2008 di kilang ini menjadi satu pencapaian penting selepas operasi terpaksa ditutup selama beberapa bulan akibat pandemik COVID-19.

Stellantis memiliki sepenuhnya NAZA Automotive Manufacturing Sdn. Bhd. dan kilang pengeluaran di Gurun pada 28 Oktober 2021. Lebih 170 pekerja kembali bertugas dan kira-kira 50 pembekal tempatan bekerja keras untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Google ads
Back to top button