Buletin

SELEPAS TERUK DIKECAM, BAYARAN MASUK RM2 UNTUK PEMANDU TEKSI DAN E-HAILING DI KLIA2 DITANGGUHKAN. SEMPAT KUTIP SEHARI SAHAJA

Bayaran masuk RM2 untuk pemandu teksi dan e-hailing di KLIA2 ditangguhkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak setelah mendapat kritikan hebat daripada orang ramai.

Syarikat konsesi yang dilantik, RA Consultant Group menguatkuasakan bayaran RM2 pada Jumaat, namun dihentikan pada keesokan harinya sementara menunggu perbincangan lanjut di antara syarikat itu dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) dan persatuan e-hailing.

Timbalan Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia, Mohd Azril Ahmat berharap perjumpaan tersebut dapat menemukan penyelesaian terbaik dan diberikan notis sewajarnya sebelum apa-apa keputusan dibuat.

Adalah tidak wajar untuk mengenakan caj RM2 ditambah dengan permukaan jalan yang teruk, selain tercemar dengan udara dan asap. Terdapat lebih 2,000 kenderaan e-hailing setiap hari di KLIA2, jadi ia hanya menguntungkan syarikat konsensi.

Sekiranya keuntungan dibuat, adakah pembaikan atau menaik taraf kawasan mengambil penumpang akan dilakukan selepas itu?

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan aktivis, Datuk Nadzim Johan sependapat dengan Azril bahawa langkah untuk mengenakan caj tidak difikirkan dengan sebaik-baiknya. Nadzim juga berharap semua pihak terlibat akab lebih tegas menghadapi isu sebegini.

Segi Astana Sdn Bhd (SASB), syarikat yang menguruskan Gateway Mall di KLIA2 menyatakan bahawa pemegang konsesi tidak mendapat kelulusan terlebih dahulu untuk berbuat demikian.

Pengembara dan pekerja di lapangan terbang sememangnya bergantung kepada perkhidmatan e-hailing untuk pergi dan balik KLIA2. Namun ia tidak memberikan kesan kepada mereka kerana ia bukanlah masalah yang perlu difikirkan oleh penumpang.

Pada masa yang sama, rata-rata menyokong bahawa caj RM2 yang dikenakan adalah tidak masuk akal. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu di negara ini, kerajaan harus mengambil langkah lebih proaktif dalam menangani isu kelihatan remeh ini, supaya syarikat-syarikat konsensi yang ada di negara tidak buat duit atas angin. – New Straits Times

Google ads
Back to top button