Buletin

BELI FORD RANGER. NIKMATI REBAT TUNAI SEHINGGA RM9,000

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) baru-baru ini mengumumkan promosi Ford Ranger WildTrak dengan enjin 2.0L Bi-Turbo. Promosi yang berlangsung sehingga 31 Mei 2020 itu menawarkan rebat tunai sebanyak RM7,000.

Pelanggan yang membeli varian Ranger XLT pula boleh berjimat sehingga RM9,000 untuk Ranger XLT 2.2L, RM8,000 (Ranger XLT Special Edition) dan RM7,188 bagi XLT Plus.

Semua model Ford Ranger didatangkan  dengan waranti penuh pengeluar selama 3 tahun atau perbatuan sehingga 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Ia pastinya memberikan kelegaan kepada pemilik.

Selaras dengan inisiatif digital SDAC-Ford, para pelanggan yang berminat dengan promosi-promosi ini boleh terus menghubungi Jurujual Digital Ford di antara jam 9 pagi – 4 petang pada hari Isnin- Jumaat. Anda hanya perlu menghubungi talian WhatsApp +6019-204 1200 untuk memulakan perbualan. 

Semua pertanyaan akan dilayan dalam masa 24 jam. Pelanggan juga boleh melayari laman web www.sdacford.com.my

Jurujual Digital Ford berfungsi menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan pembelian kenderaan yang merangkumi  produk, promosi terkini dan senarai harga. Ia juga bertindak sebagai saluran yang menghubungkan pelanggan dengan jurujual berdaftar Ford. 

Tags
Google ads
Back to top button