Buletin

BELI KERETA SECARA DALAM TALIAN DENGAN SENG CARS WORLD. MUDAH DAN SELAMAT!

Penularan wabak COVID-19 nyata telah mengubah cara hidup seharian kita. Berbanding sebelum ini, pembelian secara dalam talian kini lebih meluas melibatkan hampir semua produk pengguna.

Seng Cars World Sdn. Bhd. (Seng Cars World) tidak terkecuali. Ia melancarkan inisiatif pembelian kereta terpakai menerusi ‘Video Call Buy Car’ (VCBC) pada acara Pameran Video Pembelian Kereta Seng Cars World.

VCBC membolehkan pelanggan untuk melihat dan membeli kereta terpakai dengan hanya menggunakan telefon pintar dari rumah sahaja. Ia juga memudahkan proses pembelian kereta dan mengurangkan sentuhan fizikal.

Cukup mudah. Pelanggan perlu membuat temu janji terlebih dahulu dengan penasihat jualan Seng Cars World untuk melihat kereta melalui panggilan persidangan video. Kemudian, penasihat jualan akan membantu anda untuk memproses tempahan kereta tersebut. Setelah pinjaman diluluskan dan pembayaran dibuat, kereta akan dihantar ke rumah pelanggan.

Untuk makluman, Seng Cars Inspection Graded System menawarkan kereta yang berkualiti buat pelanggan. Bukan itu sahaja, Seng Cars World turut menawarkan wang jaminan dikembalikan dalam tempoh 48 jam* demi memberi ketenangan minda kepada semua pelanggan.

Pelanggan yang membeli kereta dari Seng Cars World akan menikmati jaminan selama setahun yang ditaja jamin oleh AmGeneral Insurance Berhad.

“Kami berbesar hati untuk memperkenalkan ‘VCBC’ sebagai satu pendekatan terbaharu dalam pembelian kereta yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan para pelanggan.

“Prosesnya yang mudah membuatkan pelanggan kami sangat senang untuk membeli kereta,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Seng Cars World, Tracy Nyan ketika majlis pelancaran maya melalui Facebook Live.

Gabungan Empat Syarikat

Pelancaran itu turut menyaksikan Seng Cars World merasmikan penjenamaan semula syarikat yang menggabungkan keempat-empat syarikatnya termasuklah Seng Cars World di bawah Seng Cars Group.

Berhasrat untuk menjadi “Pakar Kereta”, kumpulan syarikat tersebut terdiri daripada Seng Cars World, Seng Cars Service Centre, Seng Cars Spa & Tint dan Seng Cars Warranty.Penjenamaan semula kumpulan syarikat menjadikannya lebih kompetitf.

Sebagai pengedar sah, cabaran terbesar yang dihadapi adalah untuk membuang persepsi negatif terhadap industri kereta terpakai.

“Kami percaya, walaupun ada beberapa pengedar yang mempunyai rekod buruk, ia bagaimanapun tidak merosakkan keseluruhan imej industri ini. Bagi menghargai para pelanggan, kami sangat jujur dan telus dengan mereka. Sejak 17 tahun lalu, kami bekerja keras untuk mengubah pemikiran masyarakat dan membina asas pelanggan yang kukuh,” tambah Tracy.

Melalui perkhidmatan VCBC dan lebih 500 unit kereta terpakai untuk dipilih, Seng Cars Group ingin membantu para pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Maklumat lebih lanjut mengenai VCBC, Seng Cars World dan Seng Cars Group, sila layari: https://www.sengcarsworld.com/scw/#/main

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Google ads
Back to top button