Buletin

BELI MINYAK ENJIN DAN PRODUK TULEN PETRONAS DI LAZADA DAN SHOPEE SEKARANG

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn. Bhd. (PLMMSB), anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) yang mengedar dan memasarkan minyak enjin PETRONAS tulen, untuk jenis kenderaan empat roda (Syntium) dan dua roda (Sprinta) kini mengembangkan lagi rangkaian pemasarannya menerusi platform e-dagang.

Minyak enjin itu telah mula dijual di platform Shopee sejak pertengahan tahun lalu, melalui PETRONAS Official Store. Jadi,  pelanggan boleh mendapatkan pelbagai produk premium mengikut jenis kenderaan dan kelikatan, termasuk produk bersintetik penuh, semi sintetik atau mineral.

“Ini merupakan sebahagian dari usaha kami bagi memastikan para pelanggan sentiasa mendapatkan minyak enjin PETRONAS yang tulen dan berkualiti tinggi.

“Menerusi platform e-dagang, pelanggan kini boleh mendapatkan pelbagai minyak enjin PETRONAS dengan lebih mudah, cepat, dan diyakini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB Hardeep Singh.

Baucar perkhidmatan servis kereta PETRONAS AutoExpert turut diperkenalkan di platform e-dagang Lazada, bermula 12 December 2021. Semua transaksi dan urusan janji temu boleh dibuat di atas talian dan melalui platform rasmi PETRONAS Official Store.

Dengan harga yang berpatutan, para pelanggan juga bakal menerima hadiah eksklusif seperti beg tahan sejuk, beg pinggang, payung dan pelekat bagi setiap pembelian produk PETRONAS Syntium dan PETRONAS Sprinta serta perkhidmatan di PETRONAS AutoExpert.

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan barangan rasmi PETRONAS seperti T-shirt pasukan PSRT MotoGP dan AMG Mercedes F1, jaket, topi, dan beg sandang, anda boleh layari kedai rasmi PETRONAS Official Store.

Untuk pembelian dalam talian, sila layari :-

Kedai E-Dagang PETRONAS Lubricants (Shopee)

Kedai E-Dagang PETRONAS Official Store (Lazada)

Google ads
Back to top button