Buletin

MERCEDES-BENZ MALAYSIA LANCAR S 580 E. SEDAN MEWAH INOVASI TERKINI

Mercedes-Benz Malaysia melancarkan model S Class terbaharu S 580 e yang menawarkan teknologi dan inovasi terkini dalam pasaran negara.

Mercedes- Benz S 580 e menampilkan generasi hibrid plug-in terbaharu sekali gus menawarkan para pelanggan pengalaman terbaik dalam pemanduan dipacu kuasa bateri mahupun pembakaran enjin.

Begitupun, Mercedes-Benz Malaysia masih belum mendedahkan harga jualan model terbaharu yang ditawarkan satu varian tersebut.

Dari segi luaran, ia menampilkan rekaan saloon klasikal dipadankan sentuhan moden yang menyerlahkan sisi mewah serta musckular jentera berkenaan.

Selain itu, sedan terbaharu tersebut didatangkan unit lampu Digital Light yang merupakan LED berkuasa tinggi dipadankan Adaptive Highbeam Assist Plus.

Ruang dalaman pula, ia mengetengahkan ciri-ciri pintar, mewah dan moden dalam memberi keselesaan kepada pemandu serta penumpang.

Pada bahagian kabin dibaluti upholsteri kulit Nappa, trim kayu Anthracite dan stereng balutan kulit Nappa dalam menyerlahkan sisi premium sedan itu.

Ia turut hadir dengan Sun Protection, AIR-BALANCE, Rear Seat Comfort, Memorydan Rear Seat Memory.

Model sedan terbaharu itu dilengkapi paparan sehingga lima skrin besar dengan teknologi OLED menjadikan kawalan kenderaan dan fungsi lebih mudah.

Bahkan, Mercedes- Benz S 580 e hadir dengan paparan skrin tiga dimensi (3D) untuk pemandu dan sistem pengimbas cap jari pada bahagian paparan tengah.

Ciri-ciri menarik lain termasuk teknologi Mercedes-Benz User Experience (MBUX), sistem bunyi Burmester 3D, tablet infotainmen di belakang, sokongan Apple CarPlay, Android Auto dan sistem pengecasan peranti.

Sedan mewah itu mendapat khidmat trenkuasa hibrid daripada enjin enam silinder sebaris 2,999 cc yang mampu menjana kuasa 367 hp @ 5,500 – 6,100 rpm dan tork 500 Nm @ 1,600 -4,500 rpm dipadankan motor elektrik 110 kW/440 Nm.

Mercedes- Benz S 580 e berupaya memecut 0-100 km/j dalam tempoh 5.2 saat pada kelajuan maksimum 250 km/j.

Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman https://www.mercedes-benz.com.my/

Google ads
Back to top button