
BERAPA LAMA BRAD PITT BERLATIH SEBELUM PANDU JENTERA F1 – LAMA TUAN-TUAN, CUKUP LAMA
Filem F1: The Movie sudah pun ditayangakan di pawagam-pawagam seluruh dunia dan menjadi salah sebuah filem perlumbaan paling menarik dalam sejarah. Aktor Brad Pitt dan Damson Idris telah memberikan lakonan terbaik mereka bagi menonjolkan sisi sebenar kehidupan pelumba Formula Satu. Bukan hanya lakonan tapi mereka juga perlu membuktikan mereka mampu berlumba di depan kamera.

Ketika ditanya pemberita, Pitt menyatakan beliau telah menghabiskan empat ke lima bulan untuk belajar cara memandu kereta lumba sebenar. Namun sebenarnya Pitt memang seorang peminat dunia perlumbaan dari dulu. Malah pada peringkat awal ujian beliau diuji dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Lewis Hamilton di dalam litar.
Selepas kejayaan filem Top Gun: Maverick, penerbit Jerry Bruckheimer dan pengarah Joseph Kosinski mula mengalih tumpuan ke siri perlumbaan Formula Satu. Mereka melantik Lewis Hamilton sebagai penerbit eksekutif dan pencarian pelakon dimulakan.

Pitt mempunyai seorang instruktor pemanduan F1 yang membantu beliau. Menurut beliau Pitt memang seorang yang gilakan kelajuan dan berkongsi minat beliau tentang dunia motosikal. Malah Pitt turut mengikuti perkembangan MotoGP selain sering menyertai acara track day untuk motosikal.
Tapi Pitt sendiri mengakui beliau tidak mempunyai banyak pengalaman tentang perlumbaan di dalam litar.
Jalan terbaik ialah sesi ujibakat di dalam litar. Pada awal 2022, Lewis dan Kosinski menjemput Pitt ke Porsche Experince Center Los Angeles. Lewis menyelia pemanduan Pitt di dalam litar dengan memandu Porsche 911 GT3. Lewis kemudian bertanya Pitt sama ada ingin merasa sendiri pengalaman berada di sebelah beliau di dalam litar? Siapa tak nak wei.

Menurut Kosinski, keduanya menghilang dalam kepulan debu dan mengelilingi litar selama beberapa minit. Bila kembali Pitt keluari dari kereta dengan pintu terbuka luas dan berpeluh sakan. Lewis tersenyum lebar dan memberikan tanda bagus. Beliau yakin Pitt ialah aktor yang paling sesuai untuk memegang watak utama.
Menurut jurulatih pemanduan untuk filem ini, Idris yang tidak mempunyai pengalaman berlumba lebih mudah diasuh dan dicorakkan berbanding Pitt yang sukakan corak pemanduan agresif yang menjadi identiti Lewis Hamilton.
Apa pun bagi abang filem F1: The Movie ni memang best dan langsung tak menimbulkan rasa mengantuk.


