Buletin

FORD PERFORMANCE RACING SCHOOL SEDIA KURSUS KHAS – DARK HORSE TRACK ATTACK

Ford Performance Racing School adalah tempat terbaik untuk mengasah kemahiran pemanduan selain, menambah baik masa di litar atau keselamatan di jalan raya.

Program ini kini berkembang dengan memasukkan kursus khusus untuk pemilik Mustang Dark Horse, versi tertumpu trek tetapi juga boleh dipandu di jalanan.

Dipanggil Dark Horse Track Attack, kursus itu akan dijalankan di Charlotte Motor Speedway dan boleh membuat tempahan kursus bermula Januari depan.

Lebih penting, kursus tersebut adalah percuma untuk semua pemilik Mustang Dark Horse.

Menurut Ford, setiap peserta akan dilayan sepanjang hari di dalam kelas dan arahan atas landasan, merangkumi sesi pad skid dan autocross, serta lapping.

Selain itu, tenaga pengajar juga menunjukkan pemanduan hot lap termasuk mempamerkan apa yang Mustang Dark Horse boleh lakukan apabila dibiarkan tanpa kawalan.

Tambah Ford, pemilik Mustang EcoBoost dan Mustang GT turut berpeluang untuk menyertai acara yang sama, namun dihadkan kepada beberapa pilihan kelas sahaja seperti line-lock burnout, drift serta pemanduan litar.

Google ads
Back to top button