Motosikal

BERMULA DI PETAK 23, HAFIZH TAMATKAN SAINGAN DI TEMPAT KE-10 – MACAM BIASA, MARQUEZ JUARA

Pelumba MotoGp negara, Hafizh Syahrin mempamer tunggangan meyakinkan pada perlumbaan MotoGP yang berlangsung di Litar Sepang sebentar tadi dengan menduduki tempat ke-10.

Pada sesi ujian masa semalam, pelumba pasukan Monster Yamaha Tech 3 hanya mampu  mencatat masa 2 minit 16.28 saat yang memaksa beliau memulakan perlumbaan di petak 23.

Hafizh mencatat masa 40:59.291s untuk meninggalkan pesaing terdekatnya dalam kategori rookie terbaik, Franco Morbidelli di tempat ke-11.

Pelumba vateran, Valentino Rossi pula terpaksa melupakan saingan sengit itu apabila terjatuh ketika perlumbaan berbaki lima pusingan. Insiden itu membolehkan pelumba pasukan Honda Repsol, Marc Marquez menggungguli MotoGP Malaysia.

Marquez berjaya mencatat masa 40 minit 32.372 saat (s). Beliau diikuti rapat oleh Alex Rins yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua (40:34.270s). Manakala pelumba pasukan Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco di kedudukan ketiga.

kredit foto: motogp.com

Google ads
Back to top button