Artikel Pilihan

BEST SANGAT KE TAYAR BFGOODRICH NI?

Mungkin kebanyakan pembaca tidak mengenali jenama tayar ini, tapi sekirnya anda perasan tayar jenama ini adalah tayar pilihan untuk pengeluar automotif yang memberi fokus kepada produk offroad dan juga trak pikap seperti Ford Ranger Raptor

Namun ini tidak bermakna BFGoodrich tidak mempunyai produk atau kepakaran dalam menghasilkan tayar jalanan biasa yang boleh digunakan oleh kebanyakan pemandu dan juga pengguna lain. Sekiranya anda melawati laman sesawang BFGoodrich, anda akan diberi pilihan samaada untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan tayar offroad atau tayar onroad

Sejarah BFGoodrich bermula daripada tahun 1870 lagi apabila syarikat ini diasaskan oleh Dr. Benjamin Franklin Goodrich dan usaha ini diteruskan oleh Charles Cross Goodrich yang membuka pusat kajian dan pembangunan tayar Goodrich bagi membawa kualiti dan ketahanan tayar ini ke aras yang lebih tinggi

Jadi tidak hairanlah tayar BFGoodrich membawa sejarah yang panjang dalam penglibatan mereka dalam sukan permotoran dan kelasakan yang terkemuka di dunia. Antaranya ialah:

  • 1903: Menjadi tayar ertma digunakan untuk merentasi benua Amerika daripada San Francisco to New York dalam masa 90 hari
  • 1977: The BFGoodrich® Radial All-Terrain T/A® meraih kemenangan dalam perlumbaan Baja 500 and Baja 1000.
  • 1981: Kapal angkasa ulang alik USS Columbia dipasang dengan tayar BFGoodrich
  • 1984: BFGoodrich® tyres dan Mazda meraih kemenangan dalam kelas Championship C2 di perlumbaan 24 Hours of Le Mans.
  • 2002 – 2007: BFGoodrich menang perlumbaan Dakar Rally 6 tahun berturut-turut.
  • 2006 – 2011: BFGoodrich menang perlumbaan e World Rally Cross championships.
  • 2017: BFGoodrich menang di perlumbaan Dakar Rally selepas membuat comeback dalam perlumbaan ini

Untuk pemanduan seharian dan prestasi brek yang optimum, BFGoodrich menawarkan BFGoodrich Advantage Touring. Tayar ini direka dengan bunga Asymmetric, non-directional tread design, grooves atau longkang yang dalam serta blok bunga tayar yang besar.

Rekaan bunga tayar ini memberikan kelebihan dalam menghasilkan tayar yang senyap, brek yang bagus atas permukaan jalan yang basah, mengurangkan penggunaan bahan api serta tahan lebih lama berbanding dengan tayar jenama lain.

Bagi tayar prestasi tinggi, BFGoodrich g-Force Phenom untuk kawalan kenderaan yang baik samaada di permukaan jalan yang kering dan basah melalui teknologi 2 zon permukaan tayar basah atau kering Ulti-Grip.

Manakala teknologi Performance Racing CoreTM membenarkan tayar mengekalkan contact patch atau bentuk tayar dengan permukaan jalan biarpun melalui selekoh pada halaju tinggi. Ini membenarkan pemandu mendapatkan kawalan stering yang maksimum ketika melalui selekoh

Untuk memanjangkan jangka hayat tayar serta mendapat cengkaman maksimum, g-Force Phenom direka dengan blok sisi tayar yang besar dan lebar. Tapi pada masa yang sama tayar ii direka dengan grrove damper untuk mengurangkan bunyi bising ketika dipandu

Sekiranya anda mamandu crossover atau SUV yang memerlukan anda memandu di atas permukaan jalan yang biasa dan juga sesekali memandu di atas jalan offroad, GFGoodrich Trail Terrain TA adalah pilihan yang sesuai untuk anda.

Tayar ini menggabungkan keselesaan, senyap, tahan lama dengan rekaan bunga 3D-locking sipes yang membenarkan crossover atau SUV anda melalui jalan offroad dengan mudah dan tidak merosakkan permukaan tayar biarpun melalui permukaan berbatu serta cengkaman maksimum di jalan berlumpur

Google ads
Back to top button