Buletin

BEZZA TERIMA 4,028 UNIT TEMPAHAN SELEPAS 5 HARI!

Sedan pertama Perodua, Bezza nampaknya mendapat sambutan hangat apabila menerima tempahan sebanyak 4,028 unit dalam masa hanya lima hari.

Perodua-Bezza-launch-2016-mekanika (8)

Perodua mula membuka tempahan mulai Sabtu minggu lalu. Daripada jumlah tersebut, 50 peratus melibatkan varian 1.3L Advance.

35 peratus untuk 1.3L Premium X dan baki 15 peratus datang daripada varian 1.0L AT/MT. Warna yang menjadi pilihan pelanggan ialah warna perak. Selain warna biru dan coklat.

Perodua-Bezza-launch-2016-mekanika (9)

Memandangkan Perodua mempunyai 7,000 unit dalam stok, penghantaran kepada pelanggan akan bermula esok. Dengan kapasiti pengeluaran kilang yang tinggi, Perodua menyatakan tiada tempoh menunggu buat masa sekarang.

Menjawab persoalan sama ada Bezza akan menjejaskan jualan Myvi atau Alza, Perodua menyatakan setakat ini pihaknya masih belum menerima pembatalan tempahan.

Perodua-Bezza-launch-2016-mekanika (13)

Bezza menelan belanja RM300 juta untuk dibangunkan dan memiliki 95 peratus kandungan tempatan. Model ini dibina di kilang baharu, Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. bersama model Axia. Kilang itu mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 200,00 unit kenderaan setahun.

Perodua-Bezza-launch-2016-mekanika (11)

Anda sudah boleh menempah, memandu uji dan melihat  Bezza dari dekat di semua 181 pusat jualan Perodua di seluruh negara.

Google ads
Back to top button