
BFGOODRICH MALAYSIA LANCAR TAYAR BAHARU ALL-TERRAIN T/A KO3 DI MALAYSIA, HARGA BERMULA RM825
BFGoodrich Malaysia hari ini telah memperkenalkan anggota baharu dalam famili tayar “All-Terrain” miliknya, iaitu tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3.
Menyusuli prestasi luar biasa tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO2, BFGoodrich telah membangunkan tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 bagi memenuhi keperluan para pengembara masa kini dengan merangkumkan teknologi tayar serba inovatif.
Meniti legasi ‘off-road’ BFGoodrich yang gemilang, tayar baharu ini juga akan didatangkan kembali dengan tulisan putih menimbul pada dinding sisi selain, mempamerkan jata “Baja Champion”.
Tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 mengatasi prestasi model terdahulu, tayar KO2 dari sudut daya tahan bunga tayar, ketegaran dan juga cengkaman – menjadikan ia pilihan terunggul bagi sesi pengembaraan di luar jalan raya.

Terutamanya di Malaysia di mana wujudnya pelbagai jenis landasan, tidak kira berturap mahupun tidak, tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 dijuruterai untuk memenuhi keperluan para pengembara di sini.
Daya tahan bunga tayar: BFGoodrich telah menjuruterai tayar All-Terrain T/A KO3 dengan corak bunga terkini serta formulasi bunga tayar semua landasan baharu bagi menjanjikan daya tahan serta jangka tahan.
Tayar All-Terrain T/A KO3 mempunyai tapak yang teroptimum serta lurah mengunci 3D yang mendalam, dirumus untuk mengagihkan tekanan secara sekata agar kehausan tayar ini menjadi sekata.
Oleh itu, All-Terrain T/A KO3 mempunyai jarak perbatuan dan prestasi kehausan yang lebih baik.

Ketegaran: Teknologi CoreGard yang dinaik taraf turut dimuatkan di dalam BFGoodrich Baja T/A KR3, membekali BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 ketegaran dinding sisi lebih cemerlang, justeru sesuai menggalas jata “Baja Champion”.
Cengkaman: Dalam kondisi paling mencabar sekalipun, tayar BFGoodrich All- Terrain T/A KO3 mampu memberikan daya cengkaman yang unggul.
Tayar All-Terrain T/A KO3 dijuruterai dengan alur mengunci 3D yang mendalam, di samping rekaan bahu bergerigi dan Turusan Anti Lumpur, menyaksikan penambahbaikan lanjutan daripada tayar KO2, membolehkannya meraih penarafan “Three-Peak Mountain Snowflake”.
Formulasi bunga tayar semua landasan tersebut turut menaik taraf cengkaman dalam kondisi basah, mampu berhenti 4.2M lebih dekat berbanding KO2.

BFGoodrich Malaysia akan memperkenalkan lebih daripada 62 saiz sepanjang 24 bulan akan datang dengan 39 saiz yang akan dilancarkan menerusi tiga fasa bermula September 2024.
19 saiz lagi akan disediakan pada tahun 2025 dengan 4 saiz yang berbaki bakal dirungkaikan pada tahun 2026.
Harga runcit saranan bagi tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 adalah bermula daripada RM825 hingga RM2946.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.bfgoodrich.com.my/auto/tyre-highlights/all-terrain-t-a-ko3 atau wakil pengedar bertauliah BFGoodrich di serata negara.
- BACA: MERCEDES-BENZ VANS BAWA BENGKEL KEPADA PELANGGAN, LENGKAP DENGAN JEK 5.5 TAN!
- BACA: KERETA MODEN SEMUANYA ‘SAMPAH’ – JEREMY CLARKSON
- BACA: AVETA VTM250LX, VTM250M LANCAR 9 OKTOBER INI – 19HP, 18NM
- BACA: PERINCIAN SUBSIDI RON95, PENGENALAN SEMULA GST, BAKAL DIUMUM DALAM BELANJAWAN 2025 – RHB IB