Artikel Pilihan

KERETA MODEN SEMUANYA ‘SAMPAH’ – JEREMY CLARKSON

Siapa tak kenal dengan Jeremy Clarkson, pengacara rancangan automotif popular Top Gear dan kemudian beralih ke The Grand Tour sebelum mengumumkan persaraan baru-baru ini. Selama 35 tahun berkecimpun dalam bidang automotif adakah Clarkson masih lagi seorang peminat kereta? Satu ketika dahulu mungkin tapi kini Clarkson menyifatkan kereta-kereta baharu sebagai ‘sampah’.

Baru-baru ini Clarkson telah mengacarakan satu majlis meraikan episode terakhir The Grand Tour beliau bersama James May dan Richard Hammod. Ketika ditanya penonton dalam sesi soal jawab beliau menyatakan yang tidak mengenali 80 ke 90 peratus model baharu di pasaran sekarang. Beliau tak tahu dan tak mahu ambil peduli. Dah bosan sangat kot sebab dah 35 tahun asyik buat benda yang sama.

Clarkson merasakan kereta lama adalah lebih menarik sebab ianya lebih ringan. Yang ni kami pun setuju. Contoh yang diberikan ialah BMW M5 terbaru yang menggunakan sistem hibrid seberat lebih 400 kilogram. Ia menjadikan berat keseluruhan kereta mencecah 2.5 tan! Itu lagi berat dari Ford F-150. Betul jugak kata beliau tu, ke dia dah mula nyanyuk?

Clarkson, James May dan Richard Hammond mengumumkan penarikan diri mereka dari The Grand Tour selepas lebih dua dekad menghiburkan kita semua. Namun ia bukan pengakhiran untuk The Grand Tour kerana Amazon akan memperkenalkan muka-muka menggantikan ‘orang-orang lama’ ni. Korang rasa dia akan panggil Abang Japar tak?

Clarkson berharap tempat mereka digantikan muka-muka baharu yang belum dikenali berbanding wajah-wajah yang sudah popular. Malah mereka bertiga juga bukanlah terus popular semasa mula-mula muncul.

Sebenarnya muka baharu saja mana cukup. Kena pastikan pengacara tersebut seorang yang sangat-sangat sukakan kereta. Kalau jenis buat kerja sebab nak duit dan populariti je memang hancur la.

Sebenarnya bagi kami kenyataan Clarkson tak semuanya salah dan tak semuanya betul. Memang model kereta makin banyak dikeluarkan tapi jarang ada model yang memberikan impak seperti kereta-kereta sport zaman 90 dahulu.

Kredit Motor1.com

Google ads
Back to top button