Motosikal

RASMI: AVETA VTM250LX, VTM250M DIRASMIKAN – DARI RM12,988

Aveta memperkembang tawaran motosikal di Malaysia kali ini menerusi VTM250LX dan VTM250M. 

Atas kertas, Aveta VTM250LX dan VTM250M merupakan motosikal segmen ‘dual-sport’ (DP) yang memfokuskan tunggangan ‘off-road’. 

Perbezaan utama antara Aveta VTM250LX dan VTM250M adalah pada rupa bentuk dan keupayaan dengan VTM250LX lebih cenderung untuk tunggangan lasak dan ‘off-road’ sementara VTM250M menawarkan keselesaan di jalan raya dan ‘off-road’ ringan. 

Pada masa sama, kedua-dua model boleh dibezakan menerusi penggunaan tayar dengan VTM250LX dipadankan dengan rim 21-inci depan dan 18-inci belakang sementera VTM250M hadir dengan rim 17-inci depan dan belakang. VTM250M juga hadir dengan ABS yang boleh dipadamkan.

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk:

  • kerangka semi-double cradle
  • fork USD (upside-down)
  • monoshock boleh laras
  • cakera brek depan dan belakang
  • berat (kering) 125kg
  • tangki 8L
  • 305mm (jarak kelegaan tanah)
  • 908mm (ketinggian tempat duduk)

Kedua-duanya berkongsi enjin yang sama, satu silinder 250cc 2-valve SOCH dengan sistem penyejukan minyak yang berupaya menjana 19hp pada 8,500rpm dan 18Nm pada 6,500rpm. 

AVETA VTM250LX dijual pada harga RM12,988 sementar VTM250M ditawarkan pada harga RM13,388.

Google ads
Back to top button