Buletin

HONDA CITY SPECIAL EDITION TERSEDIA 99 UNIT; JANA 119HP, HARGA BERMULA RM95K

Honda Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan Honda City Special Edition (SE) dan hanya ditawarkan 99 unit sahaja.

City V Special Edition kini tampil dengan reka bentuk luaran yang lebih segar, menjadikan sedan segmen B ini lebih menarik dan eksklusif.

City V SE ini dilengkapi dengan Front, Side dan Rear Under Spoilers, lencana Special Edition, Honda Digital Video Recorder (DVR) untuk rakaman pemanduan secara masa nyata, lampu kaki, hiasan sisi langkah, dan alas bahagian trunk.

Kelengkapan lain termasuklah rim aloi 16-inci, lapan pembesar suara, konfigurasi tempat duduk belakang 60:40, ruang kargo seluas 519 liter, enam beg udara, dan sistem keselamatan canggih Honda SENSING yang menawarkan lapan ciri keselamatan utama termasuk Walk Away Auto Lock.

Bukan itu saja, ia turut dilengkapi skrin sesentuh Display Audio 8-inci bersama Android Auto dan Apple CarPlay dengan wayar.

Dari segi kuasa, ia masih dikuasakan oleh enjin 1.5 liter naturally-aspirated empat-silinder sebaris DOHC i-VTEC, menghamburkan kuasa 119hp dan tork 145Nm.

Beralih pada harga, Honda City Special Edition ditawarkan pada harga RM95,200.

GALERI:

Google ads
Back to top button