Artikel Pilihan

BILA BERMOTOSIKAL, CARA PENJAGAAN MOTOR ITU PENTING



Ramai antara kita merupakan penunggang motosikal. Biasanya yang memilih motosikal untuk penggunaan seharian adalah disebabkan motor pantas bergerak dan tidak perlu bersesak di jalan raya.

Ada juga yang disebabkan faktor ekonomi. Tidak kurang juga yang suka menunggang sebagai hobi khususnya mereka yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi.

Walau apa pun faktor, yang pentingnya motosikal kita bebas dari segala masalah. Mana boleh jadi kalau motosikal asyik rosak dalam perjalanan? Jadi aspek penyelenggaraan perlu diberi perhatian sewajarnya.

Kalau dah tahu kepentingan motosikal semestinya ia mesti diberikan penyelenggaraan terbaik dan siapa yang paling layak memberikan nasihat tentang cara-cara penjagaan motosikal?

Mekanik Tersohor Negara Kongsikan Petua

Habibtullah Mohd Fuad yang mempunyai pengalaman luas sebagai mekanik perlumbaan Supersports Asia 600cc, Kejuaraan Moto2 Sepanyol dan kini Moto2 dunia.

Mr Habib juga merupakan mekanik yang bergandingan dengan Hafizh Syahrin pada peringkat awal beliau mencipta nama dalam perlumbaan motosikal.

Mari kita  sama-sama lihat apa yang Habib berkongsi mengenai beberapa petua yang berguna untuk pemilik dan penunggang motosikal.

Paling Penting ialah Jaga Tayar!

Korang tahukah para penunggang tayar yang digunakan di atas litar dan jalan raya berbeza? Jadi, kita kena berhati-hati semasa memilih tayar.

Gunalah tayar yang sesuai untuk motosikal dan perjalanan sebab tayar ini memainkan peranan besar dalam memastikan keselamatan kita sebagai penunggang motosikal.

Jangan sesekali menggunakan tayar yang sudah haus atau botak. Sifat tayar sebegini menjejaskan kuasa brek, licin dan mudah pecah, sekali gus menyebabkan penunggang dalam bahaya. Perhatikan keadaan bunga tayar sekali-sekala dan tukarkan apabila perlu. Jangan amibil mudah perkara ini!

Kenalah Jaga Keseimbangan Motosikal

Maksud keseimbangan adalah persediaan keseluruhan jentera motosikal itu. Contohnya jika mengubahsuai motosikal untuk kuasa, aspek brek mesti dinaik taraf sejajar dengan pertambahan kuasa pada enjin.

Korang tahu apakah yang akan berlaku jika keseimbangaan motosikal tidak diambil prihatin? Tentu ramai yang berpendapat keseimbangaan kenderaan hanya perlu fokus bagi pemandu kereta sahaja. Tapi salah!

Pemikiran ini perlulah ditukar kerana korang akan mula sedari kepentingannya semasa menunggang pada had laju tinggi dan semasa hujan. 

Kemungkinan besar pelapik brek cepat haus dan permukaan sisi tayar dimakan jika keseimbangan motosikal tidak dijaga dan ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Jaga Keselesaan Pengguna

Bagaimana kita bermotosikal menentukan keselamatan kita? Selain berhati-hati, motosikal perlu juga diselaraskan untuk keselesaan.

Contohnya ketinggian bar hendal dan perehat kaki boleh dilaras ketinggiannya.

Cuma sistem klac mesti mengikut spesifikasi untuk memelihara jangka hayatnya. Kepanjangan klac itu perlu ditetapkan antara 2mm hingga 10mm untuk menjamin kestabilan motor.

Pilih Pelincir Yang Sesuai

Apa-apa komponen yang bergerak memerlukan pelincir, termasuk enjin motosikal. Penyenggaraan minyak hitam bukan sekadar tuang dan periksa apabila tiba tempoh menukar, kena juga memilih minyak pelincir yang sesuai untuk beroperasi dengan lancar dalam apa jua keadaan atau situasi.

Kegagalan kita memilih minyak pelincir yang baik mungkin akan menjejaskan keadaan, contohnya membuatkan setengah komponen haus sebelum masanya dan menjadikan operasi enjin kurang lancar.

PETRONAS Ultraflex memang diyakini ramai mekanik dan penunggang kerana sesuai dalam keadaan penunggang di atas jalan raya selain sesuai digunakan untuk jentera perlumbaan.

Berbeza dengan perlumbaan di litar, tunggangan di atas jalan raya lebih bersifat bergerak dan berhenti bila-bila masa. Jadi adalah lebih penting jika penunggang merasa selesa dengan motosikal yang ditunggang. Apatah lagi jika ia ditunggang setiap hari.

Formulasi unik PETRONAS Sprinta UltraFlex™  menjadikannya minyak pelincir generasi baharu yang mampu bertindak pantas pada komponen kritikal motosikal seperti enjin, klac dan sistem transmisi.

Malah pada putaran enjin yang cukup tinggi, pelincir ini masih lagi berupaya mengekalkan kelikatan, kestabilan dan menahan haba akibat tekanan yang tinggi khususnya sewaktu perlumbaan.

Penggunaan minyak enjin motosikal PETRONAS Sprinta UltraFlex™ ini menghasilkan perlindungan enjin pada komponen mekanikal yang lebih baik, melawan pembentukan enap cemar dalam enjin, memberi perlindungan dari proses pengoksidaan, menghasilkan pecutan yang lancar dengan mengelakkan klac tergelincir.

Ia dihasilkan dengan minyak enjin sintetik memberikan perlindungan yang baik sama ada dari suhu sejuk sehingga suhu yang tinggi.

Jika pasukan MotoGP seperti PETRONAS Yamaha SRT yakin dengan PETRONAS Sprinta UltraFlex™, kenapa tidak anda?

Saksikan juga tips-tips yang dikongsikan oleh Habibtullah dalam pautan video di bawah:

Google ads
Back to top button