BuletinMotosikal

PRESIDEN DUTERTE ARAHKAN MOTOSIKAL BERNILAI RM2.5 JUTA DIMUSNAHKAN – MESEJ KEPADA PENJENAYAH

Beliau adalah presiden FIlipina paling berani (atau gila) dalam sejarah negara tersebut. Presiden Duterte terkenal dengan tindakan agresifnya menentang jenayah terutamnya pengedar dadah dan penyeludupan. 

Selain dikenali sebagai presiden yang sagat tegas, Duterte juga tidak menghiraukan pengkritiknya yang menganggap beliau mengambil tindakan luar batasan. Namun di sebuah negara yang mana penjenayah mengawal dan merasauah pegawai kerajaan berleluasa, Duterte ada caranya yang tersendiri.

BACA: KERETA MEWAH PENJENAYAH DIMUSNAHKAN DUTERTE

Buat masa ini, beliau bukan sahaja digeruni penjenayah malah di kalangan pegawai kerajaan yang korup juga. Satu demi satu, jabatan kerajaan diserbu oleh agensi rasuah Duterte dan rampasan demi rampasan dibuat.

Sebanyak lebih 100 buah motosikal bernilai lebih RM2.5 juta telah dirampas di sekitar Manila. Ia dimiliki oleh kumpulan jenayah terancang, penyeludup dan kartel dadah. Untuk menunjukkan mesejnya kepada umum, Duterte telah mengarahkan semua motosikal tersebut dimusnahkan menggunakan jentolak.

Pelbagai model yang terlibat seperti BMW,  Vespas, Harley-Davidson,Triumph digelek oleh jentolak sambil disaksikan oleh kakitangan dan pegawai kanan kerajaan.

Google ads
Back to top button