Pandu Uji

BMW 4 SERIES GRAN COUPE

BMW Group Malaysia semalam memperkenalkan penambahan terbaharu dalam keluarga BMW 4 Series iaitu BMW 4 Series Gran Coupé serba baharu. 

BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (22)

Menjadi model sports coupé empat pintu yang pertama, perbezaan ketara di antara BMW 428i Gran Coupé dengan BMW 4 Series Coupé adalah garis bumbungnya yang 112mm lebih panjang. Ia juga didatangkan dengan empat buah pintu tanpa bingkai yang menyerlahkan karekteristik tersendiri BMW Coupé.

Perkadaran coupé yang sempurna pada BMW 4 Series Gran Coupé dibuat bagi menawarkan ruang kepala lebih luas untuk semua tempat duduk, terutama demi keselesaan penumpang belakang. Ia juga menawarkan ruang kargo lebih luas dengan kapasiti keseluruhan sebanyak  480 liter, 35 liter lebih besar berbanding model coupe dua pintu.

BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (16)

Di belakang, jentera ini menampilkan pintu yang boleh dibuka secara automatik menerusi sistem Comfort Access. Ia membolehkan urusan meletak dan mengeluarkan barang dari kompartmen menjadi semakin mudah. Sistem bukaan dan menutup tanpa sentuhan ini hanya memerlukan pergerakan kaki di bahagian bawah bampar belakang.

Bagi meningkatkan aspek aerodinamik, menjimatkan bahan api dan mengurangkan seretan, reka bentuk BMW 428i Gran Coupé memiliki ciri Air Breathers yang tersendiri pada pelindung roda hadapan. Di samping ciri Air Curtains pada hujung bahagian kiri dan kanan hadapan kereta.

SONY DSC

Pakej M Sport yang ditawarkan bukan sahaja meningkatkan elegan semula jadi BMW 428i Gran Coupé untuk penampilan lebih menyerlah di atas jalan raya, malah menambah sentuhan dinamiknya.

BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (17)

BMW 428i Gran Coupé dilengkapi enjin petrol empat silinder bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 180 kW / 245hp dan tork puncak 350Nm. Kereta ini boleh memecut dari 0 hingga 100km.j dalam tempoh 6.1 saat dengan kelajuan maksimum 250km/j. Ia juga merekodkan penggunaan bahan api yang rendah iaitu 6.6 liter bagi setiap 100km dan emisi CO2 luar biasa, 154 gram bagi setiap 100 kilometer.        

 BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (7)

Dilengkapi dengan rangkaian penuh teknologi BMW EfficientDynamics, BMW 428i Gran Coupé dibina untuk menawarkan kecekapan, dinamik dan keselesaan yang luar biasa. Dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan automatik dan Navigation System Professional, ciri tambahan BMW EfficientDynamics termasuklah Driving Experience Control dengan mode ECO PRO dan fungsi Coasting.

BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (19)

Melakukan debut buat kali pertama ialah satu ciri baharu yang menawarkan strategi penukaran gear untuk mode Sport dan Comfort. Data daripada sistem navigasi dibekalkan kepada unit kawalan transmisi bagi membolehkan penukaran gear dibuat untuk disesuaikan dengan jalan raya di hadapan. Sama ada untuk maklum balas yang sporty dan pantas, (Mode Sport) atau program penukaran gear yang fokus kepada keselesaan (mode Comfort).  

BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (18)

Demi menawarkan tahap ergonomik yang terbaik dalam kelasnya, sports coupé empat pintu ini dipasang dengan panel instrumen bulat berwarna hitam dan sistem kawalan iDrive termaju yang beriorientasikan kepada pemandu. Menjadi signatur kepada kenderaan BMW, sistem itu terdiri daripada satu skrin monitor serta iDrive dengan Touch Controller.

Apa yang pasti, BMW 428i Gran Coupé mengukuhkan kedudukannya selaku peneraju dalam aspek ketersambungan di dalam kereta dengan BMW ConnectedDrive yang komprehensif. Ia merangkumi ketersambungan Bluetooth, aplikasi-aplikasi BMW dan BMW Live yang telah dipertingkatkan.  

BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (5)

Di sebalik kemampuan dinamik yang luar biasa, BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu tetap menawarkan para penumpang dengan keselesaan seperti sebuah sedan. Teknologi chasis yang cemerlang dan sistem peredam pada gandar belakang jentera empat pintu ini sememangnya meningkatkan tahap keselesaan untuk penumpang belakang. Menggunakan Driving Experience Control untuk memilih mode Sport +, Sport atau Comfort, BMW 428i Gran Coupé nyata menawarkan kelincahan dan pemanduan selesa yang tiada tandingan.

BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (11)

BMW 428i Gran Coupé didatangkan dalam warna putih, merah, perak, kelabu dan Jatoba Metallic. Sementara warna tambahan seperti hitam dan biru adalah eksklusif untuk varian BMW 428i Gran Coupé M Sport.

BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (13)

Harga jualan anggaran (di atas jalan, tidak termasuk insurans dengan BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) ) untuk BMW 4 Series Gran Coupé baharu adalah:

BMW 428i Gran Coupé                    –            RM 389, 800.00

BMW 428i Gran Coupé M Sport –           RM 418, 800.00

[hr]GALERI 

BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (1)BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (2)BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (6)BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (8)BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (12)BMW-4-Series-Gran-Coupe-mekanika (15)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button