Buletin

SISMA AUTO RAIKAN 20 TAHUN BERSAMA JAGUAR

SISMA Auto Sdn Bhd, pengimport tunggal, pengedar dan penyedia perkhidmatan selepas jualan eksklusif bagi kenderaan jenama Jaguar di Malaysia sejak 1994 yang meraikan ulangtahun ke-20 pada tahun ini, bertekad untuk menjayakan peranan barunya sebagai pengedar utama dua jenama, Jaguar Land Rover. 

SISMA-Auto-mekanika (2)

SISMA Auto membuka lembaran baru dalam sejarahnya berikutan pemerolehan kepentingan 40 peratus dalam Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd. milik Sime Darby Motors pada 1 April lalu.

Syarikat usaha sama baru ini yang ditukar nama kepada Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pengimport eksklusif kenderaan Jaguar dan Land Rover di Malaysia. Jaguar Land Rover (Malaysia) seterusnya melantik SISMA Auto dan Sime Darby Auto ConneXion sebagai pengedar utama dwijenama bagi Jaguar Land Rover di seluruh Malaysia. 

SISMA-Auto-mekanika (3)

Usaha sama ini memanfaatkan pengalaman terkumpul lebih 50 tahun kedua-dua rakan kongsi dan dijangka memacu jenama Jaguar and Land Rover ke tahap lebih tinggi di Malaysia. Pada tahun2013, ia mencatatkan jualan mencecah lebih 1,100 unit.

SISMA Auto meraikan peranan baru dan kejayaannya selama 20 tahun dalam industri automotif dengan mengadakan pameran bergerak kenderaan Jaguar dan Land Rover yang pertama di Bangsar Shopping Complex (BSC) mulai sekarang hingga 22 Jun 2014.

SISMA-Auto-mekanika (6)

Model yang diketengahkan termasuklah Jaguar XF, XJ dan F-Type. Selain Range Rover Sport yang baru dilancarkan, Range Rover Evoque dan Land Rover Discovery 4.

Syarikat turut menawarkan promosi ulang tahun eksklusif untuk semua model, termasuk kadar pembiayaan 1.68%, pakej aksesori bernilai RM10,000 dan jam tangan EPOS SISMA edisi terhad.

SISMA-Auto-mekanika (5)

Pengarah Urusan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim memberitahu, pihaknya bangga kerana diberi kepercayaan mengendalikan satu lagi jenama terkemuka Britain selepas menguruskan jenama Jaguar di Malaysia sejak dua dekad lalu.

“Kami kini memasuki era yang cukup menarik. Ini kerana kami melihat potensi pertumbuhan bagi jenama Jaguar dan Land Rover di Malaysia. Strategi pembangunan produk agresif prinsipal kami telah menyaksikan pelancaran beberapa model baharu, banyak lagi yang bakal diperkenalkan.

“Di Malaysia, kami baru sahaja menyempurnakan pelancaran Range Rover Sport serba baru. Sementara model coupe Jaguar F-Type dan F-Type R bakal tiba pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

SISMA-Auto-mekanika (4)

Syed Khalil menambah bahawa SISMA Auto bersedia untuk menyumbang kepada pertumbuhan jualan kukuh bagi dua jenama besar itu di Malaysia. Syarikat sudah pun memulakan jualan dan servis kenderaan Land Rover di pusat 4S Glenmarie. 

SISMA Auto kini giat membuat pelaburan untuk menaik taraf dan meluaskan rangkaian dalam usaha memenuhi keperluan pelanggannya. Sebuah bilik pameran dwi-jenama baru di Menara Worldwide di Bukit Bintang dijangka dibuka tidak lama lagi.  SISMA Auto juga sedang merancang untuk membuka pusat 4S Jaguar Land Rover di Pulau Pinang.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button