Pandu Uji

BMW 520d SPORT – RM354,800

BMW Group Malaysia baru-baru ini melancarkan BMW 520d Sport baharu pada acara perlawanan tenis profesional paling berprestij di Malaysia, BMW Malaysian Open 2015.

BMW-520d-Sport-mekanika (15)

Debut BMW 520d Sport edisi terhad itu menampilkan enjin diesel empat silinder dengan teknologi BMW TwinPower Turbo.

“Menerusi pengenalan BMW 520d Sport baharu, kami yakin bahawa sedan premium ini akan terus menerajui segmennya, selain menawarkan pemanduan lebih sporty kepada para pelanggan kami,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris.

BMW-520d-Sport-mekanika (17)

Pada tahun 2014, BMW Group Malaysia berjaya melepasi sasarannya apabila mencatatkan jualan tertinggi setakat ini. Sebanyak 9,046 kenderaan yang merangkumi 7,808 unit BMW, 655 MINI dan 583 BMW Motorrad telah diserahkan kepada pelanggan.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 13.4% berbanding tempoh sama pada tahun 2013 (7,974 unit). Permintaan kukuh terhadap varian-varian BMW 5 Series merupakan salah satu penyumbang utama yang membantu BMW Malaysia mencatat rekod jualan terbaik di Malaysia.

BMW-520d-Sport-mekanika (19)

Perkadaran rekaan BMW 520d Sport baharu ditonjolkan menerusi gayaan sporty sebuah sedan BMW yang sempurna bersama tapak roda dan hud yang panjang, unjuran belakang pendek, aft-set greenhouse serta garis bumbung seperti sebuah coupe.

Prestasi BMW 520d Sport baharu diserlahkan lagi menerusi pakej luaran M Aerodynamic. Penampilan yang sporty itu kemudian disempurnakan melalui penggunaan rim aloi ringan berjejari kembar bersaiz 18 inci.

BMW-520d-Sport-mekanika (16)

BMW 520d Sport juga dipasang dengan lampu utama LED Adaptif generasi terkini yang memberi suluhan cahaya yang jelas dan terang dalam apa jua kondisi, selain mengikuti arah jalan yang bengkang-bengkok.

Talaan terbaik ke atas chasis BMW 520d Sport baharu dibuat bagi memastikan kuasa enjin mampu menawarkan prestasi dinamik dan pemanduan yang selesa. Menerusi Kawalan Peredam Dinamik (Dynamic Damping Control), BMW 520d Sport baharu menawarkan talaan yang sesuai untuk semua permukaan jalan raya dan corak pemanduan menerusi butang kawalan Driver Experience Control.

BMW-520d-Sport-mekanika (21)

Dilengkapi dengan enjin diesel empat silinder generasi baru, BMW 520d Sport bukan sahaja mampu menghasilkan kuasa ekstra dan tujahan kuasa yang serta-merta, malah ia menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik.

Sedan premium ini kini mampu menghasilkan kuasa sehingga 190hp berbanding sebelum ini 184hp. Prestasi tork juga meningkat kepada 400Nm berbanding 380Nm sebelum ini.

BMW-520d-Sport-mekanika (20)

Kereta ini mampu mencatat pecutan 0 hingga 100km/j dalam tempoh cuma 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 233km/j. Tujahan kuasa yang mengagumkan ini digabungkan dengan purata penggunaan bahan api cuma 4.1 l / 100km dan emisi C02 hanya 109 g/km. Ini merupakan penjimatan bahan api hampir 9% berbanding enjin terdahulu yang ada pada BMW 520d.

Sama seperti semua kenderaan BMW, aspek ergonomik yang dikaji sepenuhnya membolehkan operasi kawalan pemanduan dan fungsi-fungsi dilakukan secara optimum.

BMW-520d-Sport-mekanika (11)

Ambien yang sporty pada BMW 520d Sport baharu diserlahkan lagi menerusi papan pemukanya. Ia dipadankan bersama stereng M yang dibalut kullit serta kemasan dalaman berwarna hitam berkilat. Rasa sporty dan elegan kereta ini dipertingkatkan dengan paparan instrumen multi fungsi. Ia memaparkan talaan berbeza bergantung kepada model Driving Experience yang dipilih, sama ada ECO PRO, Comfort atau Sport.

BMW 520d Sport baharu turut membawakan rangkaian perkhidmatan mobiliti dan sistem bantuan pemandu yang ekstensif daripada ciri-ciri BMW ConnectedDrive. Ia merangkumi BMW Apps seperti M Lap Timer, GoPro dan Spotify yang boleh didapati daripada Apps store serta Google Play.

BMW-520d-Sport-mekanika (8)

Sedan premium ini juga menawarkan integrasi Blutooth yang lancar dengan Android dan iPhone, serta membolehkan sistem Siri diaktifkan. Siri, bantuan suara peribadi untuk iPhone, iPad dan iPod Touch kini boleh dioperasi melalui BMW anda. Seperti biasa, Siri akan menjawab segala soalan dan anda boleh memberi perhatian sepenuhnya kepada jalan raya sepanjang masa.

BMW 520d Sport akan ditawarkan dalam jumlah terhad iaitu 50 unit sahaja bermula 1 April. Harga sedan sports premium ini adalah RM354,800 seunit (di atas jalan, tidak termasuk insurans, lengkap bersama BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI). 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button