
KEMPEN LIGA JUARA-JUARA UEFA NISSAN
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memulakan Kempen Liga Juara-juara UEFA Nissan dengan menawarkan promosi hebat ke atas model-model Nissan kepada para pelanggan.
Kempen ini berlangsung sepanjang bulan Mac. Pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan berpeluang memenangi percutian yang dibayar sepenuhnya untuk menonton perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara UEFA secara langsung di Eropah.
Sepanjang tempoh kempen tersebut, ETCM turut menawarkan pelbagai promosi serta tawaran menarik ke atas model-model terpilih Nissan termasuklah Teana, Serena S-Hybrid, Navara, Sylphy, Grand Livina dan Almera Nismo.
Liga Juara-juara UEFA merupakan perlawanan di antara kelab bola sepak yang paling berprestij di Eropah. Tahun lalu, Nissan telah menandatangani satu kerjasama global dengan UEFA selama empat tahun, sekali gus menjadi Penaja Utama Liga Juara-juara UEFA.
Menurut Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng, kempen itu nyata menunjukkan rangkaian produk Nissan dalam perspektif yang lebih segar dengan cara mengaitkannya bersama keterujaan global terhadap Liga Juara-juara UEFA yang turut dirasai di Malaysia.
Nissan juga telah menandatangani kerjasama dengan empat orang pemain bola sepak bertaraf dunia untuk menyokong inisiatif Liga Juara-juara anjurannya di peringkat global.
Para pemain tersebut ialah bintang Barcelona, Andrés Iniesta; kapten pasukan Paris Saint-Germain, Thiago Silva; pemain pasukan Manchester City, Yaya Touré serta pemain Shalke, Max Meyer yang dilantik sebagai Duta Jenama Nissan Global atau “Jurutera Keterujaan” baru-baru ini.
Orang ramai dijemput untuk mengunjungi bilik-bilik pameran dan siri jelajah Nissan untuk merasai sendiri pengalaman dan keterujaan Liga Juara-juara, selain tawaran hebat Nissan yang disediakan.
Tarikh Siri Jelajah Nissan adalah seperti berikut:
Tarikh | Lokasi |
11 – 15 Mac | IOI City Mall, Putrajaya |
25 – 29 Mac | Mid Valley Mega Mall |
3 – 8 Mac | Aeon Tebrau City Shopping Centre, Johor Bahru |
13 – 15 Mac | Mydin Seremban 2, Seremban |
20 – 22 Mac | City Square, Johor Bahru |
5 – 8 Mac | Alor Setar Mall, Alor Setar |
18 – 22 Mac | Taiping Mall, Taiping |
15 – 21 Mac | Tesco Kota Bharu, Kota Bharu |
6 – 8 Mac | Keningau Mall, Keningau |
27 – 29 Mac | Karamusing Shopping Centre, Kota Kinabalu |
27 – 29 Mac | Park City, Bintulu |
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.