Buletin

BMW 630i GT CKD PERTAMA DILANCARKAN – 258hp, 400Nm, RM450K SEUNIT

BMW Malaysia hari ini melancarkan BMW 6 Series Gran Turismo yang pertama ke pasaran tempatan.

Hadir menerusi varian BMW 630i GT, model CKD itu membuktikan komitmen BMW Malaysia untuk mengembangkan skala operasi dan pelaburannya, selain menjadikan Malaysia sebagai hab bagi BMW Group di rantau ini.

BMW 6 Series GT menerima anugerah ‘EuroCar Body’ pada tahun 2017. Menggunakan teknologi BMW EfficientLightweight melibatkan materual seperti aluminium dan keluli regangan tinggi pada chasis, ia 150 lebih ringan berbanding model terdahulu.

Jentera itu dijana oleh enjin TwinPower Turbo bersesaran 2.0 liter yang dipadankan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan. Enjin petrol empat silinder mampu menjana kuasa 258hp dan tork 400 Nm.

Ia boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.3 saat, menctat kelajuan maksimum 250km/j dan menawarkan penggunaan bahan api sekitar 6.6l/100km.

Dinamik pengendalian dan keselesaan disumbangkan oleh sistem suspensi Adaptif dengan ‘Dynamic Damper Control’. Suspensi udara pada roda hadapan dan belakang juga membolehkan ketinggian kereta dilaras secara manual.

Penampilan BMW 6 Series GT diserlahkan dengan sepasang lampu hadapan LED, rekaan bonet yang panjang, garis badan gayaan coupe dan rim aloi ringan M dua tona bersaiz 20 inci.

Bahagian kokpit dipasang dengan sistem iDrive bersama Touch Controller pada konsol tengah skrin bersaiz 10.25 inci. Pemandu juga boleh menggunakan fungsi arahan suara, BMW Gesture Control dan Head-Up Display generasi baru.

Ruang kargo pula ditingkatkan sebanyak 100 liter menjadi 610 liter berbanding model terdahulu. Apabila tempat duduk belakang dilipat, ruang seluas 1,800 liter sedia untuk anda gunakan.

Dari segi keselamatan, kereta ini dilengkapi pelbagai ciri terbaik termasuklah Lane Departure Warning, Lane Change Warning, ), Collision and Pedestrian Warning, City Collision Mitigation, Crossing Traffic Warning dan Info Had Laju.

BMW 6 Series GT didatangkan dengan pilihan warna seperti putih, biru, hitam dan kelabu yang dipadankan bersama tona dalaman hitam. Jika anda memilih warna luaran hitam dan kelabu, pilihan tona ruang kabin coklat ada disediakan.

GALERI

Google ads
Back to top button