Buletin

RUSTCARE PERKENALKAN AKSESORI IRONMAN 4X4 DI MALAYSIA

Rustcare Sdn. Bhd. (Rustcare), anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) baru-baru ini telah dilantik sebagai pengedar eksklusif aksesori Ironman 4×4.

Ironman-4x4-Nissan-Navara-mekanika (1)

Aksesori tersebut membolehkan pemilik meningkatkan aspek keselamatan, prestasi dan gaya kenderaan 4×4 mereka, terutama Nissan NP300 Navara serba baharu. Ia dijual oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS).

Selama lebih 27 tahun, Ironman 4×4 telah menghasilkan aksesori 4×4 yang berkualiti dan boleh dipercayai untuk pasaran antarabangsa menerusi Jacob Spring Works, pengeluar alat ganti suspensi yang berpangkalan di Melbourne.

Ironman-4x4-Nissan-Navara-mekanika (2)

Pada tahun 1988, JSW melancarkan jenama Ironman 4×4 yang merangkumi alat ganti seperti pegas gegelung dan suspensi sebagai maklum balas kepada populariti kenderaan 4×4.

Kini, Ironman 4×4 ialah jenama aksesori 4×4 yang utama di Australia. Ia membekalkan alat ganti kepada pengguna rekreasi, kenderaan untuk perlombongan dan industri pertahanan di lebih 160 buah negara di seluruh dunia.

Ironman-4x4-Nissan-Navara-mekanika (6)

Terdapat tiga pakej aksesori Ironman 4X4 yang ditawarkan – Challenger, Challenger Plus dan  Adventure pada harga bermula RM11,000  hingga RM22,000.

Pelanggan boleh memilih pakej dengan Kit Suspensi, Bull Bar, pemijak kaki sisi (Side Steps dan rail) atau bar perlindungan menunda bahagian belakang (Rear Protection Tow Bar).

Ironman-4x4-Nissan-Navara-mekanika (3)

ETCM akan memberi tawaran permulaan dengan diskaun sebanyak 15% untuk tempoh terhad. Selain daripada promosi tersebut, aksesori ini boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian NP300 Navara.

Pelanggan yang membeli aksesori Ironman 4×4 layak untuk menerima jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.

Ironman-4x4-Nissan-Navara-mekanika (5)

Untuk membawakan produk ini lebih hampir kepada komuniti di Kuching, Ironman 4×4 Navara akan membuat penampilan di Karnival 4WD di ETCM Kuching pada 21 dan 22 Mei, mulai 10am hingga  8pm. Orang ramai dijemput mengunjungi Karnival 4WD untuk menikmati tawaran hebat yang disediakan.

RINGKASAN PAKEJ IRONMAN NAVARA

BARANGAN Pakej 1 Adventurer Pakej 2 Challenger PLUS

(dengan alat pengesan mengundur)

Pakej 3 Challenger

(dengan alat pengesan mengundur)

IRONMAN COMMERCIAL DELUXE BULLBAR
IRONMAN REAR PROTECTION BAR    
STEEL SIDE STEP WITH RAILS  
FOAM CELL STRUTS FRONT
FOAM CELL SHOCK ABSORBER REAR
COIL SPRING NISSAN FRONT (PAIR)
COIL SPRING NISSAN NP300 REAR (PAIR)
HARGA (termasuk GST) RM22,000 RM15,500 RM11,000

 

Google ads
Back to top button