
BMW M2 2025 LEBIH BERKUASA, JANA 473HP – HARGA BERMULA RM311K
BMW baru sahaja mendedahkan versi terbaru M2 untuk tahun 2025, yang kini mendapat penambahan kuasa sebanyak 20hp.
Dengan kuasa keseluruhan mencecah 473hp, ia menjadikan coupe kecil ini setanding dengan model manual M3 dan M4.
Coupe ini mendapat pilihan aloi serba perak, kelihatan sangat menarik dan ia juga tersedia untuk M3 dan M4 yang baru diubah suai.
Enjin yang digunakan masih sama, iaitu enjin 3.0-liter twin-turbo, menghasilkan 473hp dan tork kekal sama, iaitu 406 lb-ft untuk model manual enam kelajuan serta 443 lb-ft untuk model automatik lapan kelajuan.

BMW juga menyatakan bahawa mereka telah mengubah pemetaan throttle untuk enjin ini bagi respons lebih pantas.
Penambahan kuasa ini membolehkan M2 memotong masa 0-60 mph sebanyak 0.1 saat—4.1 saat untuk model manual dan 3.9 saat bagi automatik.
BMW tidak mengubah sebarang reka bentuk badan M2 baru ini, tetapi untuk tahun 2025, palet warna diperluaskan, dan lencana serta hujung ekzos kini berwarna hitam.
Di bahagian dalam, anda mendapat sistem infotainment terbaru BMW, iDrive 8.5, stereng bawah rata baru, dan aksen merah untuk tempat duduk sport standard.
Tempat duduk karbon juga kini menjadi pilihan tersendiri, berbanding sebelum ini, termasuk dalam pakej Karbon Fiber yang mahal.
Menurut laporan, pengeluaran model ini akan bermula pada Ogos dan diberi tanda harga bermula AS$66,075 (RM311,380).
GALERI:











