EU LAKSANA CUKAI 38.1 PERATUS KENDERAAN EV DARI CHINA
Suruhanjaya Eropah (EC) telah membuat keputusan untuk mengenakan cukai sebanyak 38.1 peratus terhadap import kereta elektrik (EV) dari China.
Keputusan ini akan mula berkuatkuasa bulan hadapan dan dijangka mendapat respon balas dari pihak China.
Langkah ini diambil sebagai usaha untuk melindungi industri automotif Eropah yang semakin terjejas akibat persaingan harga dari produk-produk EV yang lebih murah dari China.
Pengenaan cukai ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah untuk mengatasi ketidakseimbangan dalam harga pasaran.
Menurut sumber EC, pihak suruhanjaya percaya bahawa tindakan ini adalah perlu untuk memastikan daya saing pengeluar EV tempatan di Eropah.
Mereka juga menjelaskan bahawa analisis dan kajian terperinci telah dijalankan sebelum membuat keputusan ini, menunjukkan bahawa pengeluar dari China menjual EV di bawah harga pasaran.
China, sebagai negara pengeksport utama kereta elektrik, dijangka memberikan tindak balas terhadap pengumuman ini.
Dalam beberapa kenyataan sebelum ini, pihak berkuasa China telah menegaskan bahawa mereka akan mempertahankan hak dan kepentingan syarikat-syarikat mereka.
Pengenaan cukai ini berpotensi untuk meningkatkan harga kereta elektrik dari China, sekali gus mempengaruhi pilihan pengguna di Eropah.
Walau bagaimanapun, EC berpendapat bahawa langkah ini adalah penting untuk memberi ruang kepada pengeluar tempatan untuk berkembang dan bersaing secara adil dalam pasaran.
- BACA: BMW M2 2025 LEBIH BERKUASA, JANA 473HP – HARGA BERMULA RM311K
- BACA: BENGKEL KERETA MEWAH DISERBU, REKRUT BURUH ASING BERUSIA 13 TAHUN
- BACA: PENDAFTARAN TOYOTA GAZOO RACING GT CUP MALAYSIA KINI DIBUKA – TAWAR HADIAH SEBANYAK RM120K
- BACA: TIGA KERETA PALING DIMINATI SEPANJANG DEKAD 80 AN – TUA MUDA PUN SAMA NAIK