
BMW M5 TOURING – INI BARULAH IDAMAN SEBENAR PAPA
Anda adalah seorang ketua keluarga yang mempunyai sebuah keluarga kecil yang gemarkan aktiviti bebas di hujung minggu ke pusat membeli belah dan dalam masa yang sama anda juga peminat kepada jenama M5 yang sudah terbukti kebuasannya di jalan raya.
Tetapi ini adalah jawapan yang ideal untuk buat Papa, Abah, Daddy dan juga Abi yang mahukan kepada persoalan di atas, BMW M5 Touring. Ternyata keputusan BMW untuk memberikan lencana M5 kepada varian wagon mereka ini sesuatu yang cukup tepat dan istimewa buat mereka penggemar kepada varian berprestasi tinggi dari BMW ini.

BMW M5 Touring baharu akan diperkenalkan secara terbuka buat kali pertama di Monterey Car Week di California pada pertengahan Ogos 2024. Ianya akan dibina di BMW Group Plant Dingolfing bersama – sama dengan model BMW M5 Sedan baharu.
Produksi massa BMW M5 Touring ini akan bermula pada November 2024 nanti setelah majlis pelancarannya kelak. Negara seperti Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan juga Switzerland akan menjadi pasaran penting buat model wagon laju ini.

Ianya mempunyai dimensi panjang luaran 5,096 mm dan lebar 1,970 mm (berpadanan dengan dimensi BMW M5 Sedan), model berprestasi tinggi adalah 36 milimeter lebih panjang daripada model standard BMW 5-Series Touring dan 70 milimeter lebih lebar.
Walau pun masih lagi mempunyai reka bentuk buah pinggang di bahagian gril yang kini menjadi trademark utama BMW, namun kini ianya menggunakan kemasan hitam berkilat dengan rekaan tertutup. Paling penting terdapatnya logo M5 pada bahagian sebelah kiri yang cukup untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa ini bukanlah sembarangan model wagon.
Sama seperti M5 yang asli versi sedan, trenkuasa BMW M5 Touring ini masih lagi menggunakan rangkaian kuasa hibrid plug-in yang sama serta enjin V8 pengecas turbo berkembar dan motor elektrik bergabung untuk menghasilkan kuasa sehingga 717 HP.

Ianya digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan serta pacuan semua roda dengan fungsi pacuan roda belakang boleh diaktifkan sekali gus menghasilkan pacuan roda belakang sepenuhnya.
Keupayaan memecut dari titik kosong ke angka 100 km/j hanyalah memerlukan masa 3.5 saat sahaja,, kurang 0.1 berbanding saudaranya M5 Sedan.
Walau pun berkongsi lencana M5, namun sudah pasti ruangan kargo yang luas menjadi faktor utama mengapa wagon ini akan menjadi pilihan. Upholsteri kulit, pencahayaan ambien, bumbung panorama dan paparan digital antara ciri mewah yang digunakan pada BMW M5 Touring ini.
BACA : BMW M5 G90 DENGAN KIT M PERFORMANCE, SEGAK BERGAYA APATAH LAGI WARNA KUNING
BACA : BMW M5 2021 TAMPIL DENGAN IMEJ LEBIH MODEN – TANPA GRIL KELAKAR 4-SERIES, SYUKUR

