Artikel Pilihan

BMW PERKENAL SISTEM STERING RODA BELAKANG, LEBIH RINGKAS LEBIH BAGUS.

Sistem stering roda belakang bukanlah satu perkara baru kerana ia telah diperkenalkan pada model Skyline R31, Mitsubishi 3000Gt dan juga BMW 8 Series. Sistem ini juga digunakan pada Porsche 918 Spyder, Ferrari dan Lamborghini Aventador Ultimae. Tapi BMW mahukan sistem yang lebih bagus.

Dalam satu fail paten yang ditemui secara tidak sengaja oleh laman sesawang automotif CarBuzz, BMW telah memfailkan satu paten baru di pejabat paten Amerika. BMW meyatakan bahawa sistem stering tayar belakang yang ada sekarang susah untuk dikawal dan hanya bergantung pada kawalan toe sahaja.

Sistem biasa ini juga perlu memuatkan subframe, gandar dan juga differential pada setiap shaft. terlalu banyak komponen hanya akan menyebabkan sistem boleh mengubah sudut tayar pada maksima 5 darjah sahaja. Bagi menyelesaikan masalah ini BMW memperkenalkan wheel carrier pada setiap hub tayar.

Wheel Carrier ini akan memuatkan actuator dan dikawal oleh mekanisme pemegang (grooved guide). Sistem ini membolehkan tayar belakang membelok sehingga 10 darjah. Sekiranya sistem ini digunakan model produksi, ia membolehkan meningkatkan pengendalian kereta ketika selekoh tajam pada halaju rendah. Malah ia juga membantu pengendalian kereta pada halaju tinggi

Bagi kereta sedan super mewah yang saiz dan dimensinya semakin membesar setiap tahun, ciri stering tayar belakang ini akan membantu memudahkan pemandu meletakkan kereta sedan ini pada kotak parkir dengan senang terutama di kawasan parkir yang sempit.

Google ads
Back to top button