Artikel PilihanBuletin

BMW M3 COMPETITION LAPOR DIRI SEBAGAI PERONDA LEBUH RAYA AUSTRALIA

Negara pemburu buaya pun nampaknya tak nak kalah dengan kita bila mula menambah BMW M3 Competititon untuk kegunaan peronda lebuh raya mereka. Sekurang-kurangnya buat masa ini untuk tempoh penilaian katanya. Sama macam kita juga la kan? Tapi diorang punya versi Competition la bai.

M3 Competition itu dilihat menampilkan liveri lengkap kuning dan biru peronda lebuh raya Australia selain tulisan Polis yang diterbalikkan di bahagian atas bonet depan. Tiada LED light bar di bahagian bumbung tetapi lampu amaran merah biru diletakkan di bahagian cermin hadapan dan gril. Itu pun kecik je. Mungkin atas faktor aerodinamik. Tapi memang nampak cool. Sekali tengok macam marsyal wira kat Sitiawan pun ada.

Tersorok di bawah bonet semestinya enjin 3.0L 6-selinder turbo berkembar standard yang mampu menghasilkan 503 hp kuasa dengan 650 Nm tork maksima. Kuasa ini kemudiannya disalurkan ke roda belakang dengan transmisi automatik 8-kelajuan M Steptronic. Pecutan 0-100km/j? Hmm…3.9 saat je tuan-tuan.

Rasa-rasa mau terkucil king-king highway kat sana bila nampak gril besar gedabak dalam cermin pandang belakang masa tengah test power. Eh, king kat sana pakai kereta apa? Warna kuning jugak ke?

Menurut Peronda Lebuh Raya Victoria, M3 ini sudah pun mula bertugas dan terlibat dalam beberapa ‘tugasan khas’ sebaik diterima dari pembekal. Apa tugas khas tu? Iring menteri ke? Iring menteri untuk upacara rasmi tak salah pun kan?

Sebelum ada yang kecam dengan komen nak menghabiskan duit rakyat dan macam-macam tu, kita kena ingat yang ini di Australia dan ini juga bukan kali pertama mereka menggunakan kereta-kereta berkuasa tinggi. Sebelum ini pun mereka pernah menggunakan BMW M5 Competition pada tahun 2019 dan Mercedes-AMG E43 pada tahun 2018.

Bukan setakat kereta dengan enjin pembakaran dalaman malah mereka juga mempunyai Tesla Model X yang juga digunakan oleh peronda lebuh raya Victoria. Jauh mana agaknya boleh kejar kalau asyik speeding?

BACA: BMW M3, VW TIGUAN UNTUK TUJUAN PANDU UJI SAHAJA. TAK BELI PUN – PDRM

Google ads
Back to top button