
BMW UK BERGABUNG TENAGA DENGAN CORINTHIA LONDON – INI BARULAH PENGALAMAN MEWAH YANG SEBENAR
BMW UK dengan bangganya telah mengumumkan perkongsian baharu dengan Corinthia London untuk meningkatkan pengalaman tetamu melalui model BMW i7. Dengan kerjasama ini, hotel yang cukup eksklusif di London ini telah menambah model flagship BMW elektrik sepenuhnya itu ke senarai barisan kenderaan milik Corinthia London untuk menyediakan perkhidmatan mewah yang dipandu chauffeur untuk tetamu istimewa mereka.
Kini Corinthia London menawarkan model BMW i7 sebagai House Car, yang diletakkan secara kekal di hadapan hotel yang terletak di Whitehall Place dan bersedia untuk digunakan dari jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari untuk tetamu berdasarkan siapa cepat dia dapat.

House Car BMW i7 tersebut pastinya akan digunakan oleh para tetamu untuk bergerak dari Corinthia London ke beberapa kawasan menarik sekitar hotel seperti tempat tempat bersejarah dan budaya, tempat dewan teater dan muzik dan tak lupa juga restoran terkemuka dunia yang terdapat di sekitar London.
Tetamu hotel juga boleh menempah BMW i7 untuk merentas bandar, jarak jauh dan pemindahan lapangan terbang melalui Concierge Corinthia London , yang difasilitasi oleh syarikat pemandu, Chabé.
Untuk penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini, pastinya boleh berehat dengan selesa dengan tempat duduk belakang boleh dibaringkan lengkap dengan perehat kaki bersepadu. Malah penumpang juga boleh menikmati pengalaman hiburan di dalam kereta yang tiada tara dengan BMW Theatre Screen bersaiz 31.3 inci yang turut dilengkapi dengan aplikasi Amazon Fire TV.

Sinonim dengan eksklusiviti dan diiktiraf secara kritikal sebagai saloon premium terkemuka dalam kelas, BMW i7 yang telah diperkenalkan pada 2022 dan telah mentakrifkan semula kemewahan dalam segmen sedan elektrik sepenuhnya. Dengan teknologi dan ciri-ciri inovatifnya, model flagship ini berjaya memberikan keselesaan jarak jauh yang luar biasa dan pengalaman digital yang tiada tandingan untuk pelanggan jenama BMW yang pastinya cukup arif tentangnya.
Di samping itu, pemilik BMW yang telah menempah penginapan dengan Corinthia London boleh mendapat manfaat daripada tempat letak kenderaan valet percuma apabila mengemukakan aplikasi MyBMW mereka semasa ketibaan.
BACA : BENTLEY BENTAYGA EWB AZURE – EMPAT MODEL BERKHIDMAT UNTUK THE PENINSULA HONG KONG
BACA : BMW MALAYSIA UMUM HARGA BMW i7 xDRIVE 60 – HARGA BERMULA RM729K