
BMW X2 M35i xDRIVE - MUNGKINKAH INI SUV COUPE MAMPU MILIK DARI BMW?
Jikalau beberapa tahun dahulu, SUV (Sport Utility Vehicle) mula dianggap sebagai kenderaan gaya hidup masyarakat dunia. Semua pengeluar wajib mempunyai model SUV dalam barisan pengeluaran mereka. Tapi kini, masyarakat dunia mula beralih kepada SAC (Sports Activity Coupé) sementelah pengenalan model pertama oleh BMW X6 pada tahun 2008.
Dan kini pelopor kepada segmen SAC tersebut, BMW berterusan mencipta inovasi terhadap segmen yang semakin diminati masyarakat dunia. Mereka sudah pun mempunyai BMW X4 sebelum ini. Dan kini pengeluar dari Jerman itu mahu memperkenalkan pula BMW X2 M35i xDrive. Mungkinkah ini merupakan model awalan terhadap segmen SAC yang mereka pelopori selama ini?

Untuk rekod, generasi pertama X2 adalah sebuah SUV yang sudah cukup kelihatan sporty, sama seperti saudaranya X1. Dan BMW telah pun menjualnya sehingga 380,000 unit di seluruh dunia. Tetapi nampaknya BMW mahukan sesuatu yang lebih segar terhadap plat nama X2 ini.
Model yang akan akan dihasilkan secara tunggal melalui kilang pemasangan milik Kumpulan BMW yang terletak di Regensburg menampilkan rupa hadapan yang menegak terutamanya pada bahagian yang cukup ikonik buat BMW masa ini, rekaan gril berbentuk buah pinggang. Rekaan lampu utama menggunakan LED adaptif dengan lampu tinggi matrix yang pastinya tidak akan menyilaukan orang bertentangan.

Dari segi dimensi, ianya mempunyai kelebihan dari segi panjang keseluruhan berbanding model sebelumnya, 4,554 mm (pertambahan 194 mm). Jarak titik roda juga bertambah kepada 2.692 mm (pertambahan 22 mm). Lebar X2 ini juga telah bertambah sehingga 1,845 mm (pertambahan 21 mm) menjadikan sebuah SAC yang cukup mirip dengan saudaranya si X4 itu.
Dimensi ini menghasilkan perkadaran regangan dinamik yang merangkumi dua ciri khas SAC “dibuat oleh BMW”: hujung hadapan tegak dan garis bumbung yang mengalir jauh ke hujung belakang untuk menghasilkan sebuah coupe yang sempurna.

Dan di dalam kabin, ianya mampu menempatkan lima tempat duduk bersaiz penuh tanpa masalah. Terima kasih kepada peningkatan dimensi bagi keselesaan penumpang dengan cukup sempurna. Malah, tempat duduk boleh dilipat dengan konfigurasi 40 : 20 : 40. Tiada isu sekiranya memerlukan untuk membawa lebihan kargo.
Secara asasnya, ruang kargo di belakang mampu mengisi sehingga 560 liter (lebih 90 liter berbanding model sebelumnya) dan mampu meningkat kepada maksimum 1,470 liter.

Trenkuasa BMW X2 M35i xDrive ini telah diserahkan kepada enjin 2.0 liter turbo dengan spesifikasi M yang mempunyai aci enkol yang lebih kuat, sistem bekalan minyak yang dioptimumkan untuk omboh, engkerang galas utama dan penutup yang dibawa dari enjin enam silinder generasi terkini, serta pemasaan injap berubah-ubah.
Ini menjadikan angka 312 kuasa kuda serta tork 295 lb-ft cukup ideal untuk mengeluarkan SAC daripada selekoh dengan lebih cepat tanpa masalah, apatah lagi enjin yang berkuasa ini dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.
BMW X2 M35i xDrive dijangka dijual pada aras harga $53,000 (RM251,511).
BACA : BMW X2 sDrive20i M Sport – RM320,800 SEUNIT
BACA : BMW X6 GENERASI PERTAMA. INIKAH DIA SUV COUPE PERTAMA DI DUNIA?

