Artikel Pilihan

APPLE BELANJAKAN LEBIH RM48 BILLION UNTUK PROJEK KERETA MEREKA – ITU PUN BOLEH GAGAL LAGI

Ya, korang tak salah baca. Memang hampir RM48 billion telah dihabiskan syarikat Apple untuk bangunkan kereta pertama mereka yang baharu sahaja dibatalkan. Projek gagal dengan kata lain.

Ia satu jumlah wang yang besar dan membuatkan duit 1MDB yang dikelepet nampak sikit. Nampak sikit tapi banyak tu weh. Balik pada kisah kereta Apple tadi rupa-rupanya kos akan semakin meningkat bila korang tak dapat buat keputusan yang konkrit.

Macam nak buat rumah la, bajet dah cukup tiba-tiba bini kesayangan nak dapur yang lebih besar daripada pelan asal. Kenalah si suami mithali cari bajet tambahan padahal lauk pun beli yang dah siap masak hari-hari.

Kalau mengikut laporan asal The New York Times, Apple berhasrat untuk mengatasi Tesla dalam penghasilkan EV. Kemudian mereka mahu menewaskan Waymo dengan kereta swapandu. Bercita-cita tinggi tak salah boh.

Bagi menjayakan rancangan mereka Apple merekrut jurutera-jurutera dari Porsche dan NASA untuk projek ini. Ketua projek silih berganti berkali-kali dan setiap seorang mempunyai visi yang berbeza-beza. Malah mereka pernah cuba berunding dengan Elon Musk untuk membeli pegangan Tesla.

Lebih 2,000 orang terlibat dalam projek kereta ini yang juga dikenali dengan nama projek ‘Titan’ dan kini semuanya sudah dibatalkan. Dikatakan jika memasuki pasaran, kereta buatan Apple tersebut akan mempunyai harga pasaran sekitar USD100,000.

Walau tak jadi keluarkan kereta tidak bermakna syarikat Apple terus melingkup. Mereka masih kekal dengan perniagaan teras mereka untuk menghasilkan telefon pintar, komputer, perisian CarPlay da terbaharu, AI.

Apple turut mengeluarkan sunroof model baharu yang mampu mengurangkan haba dari pancaran matahari dan cermin hadapan kereta yang boleh memaparkan maklumat dan arahan pemanduan secara terus kepada pemandu.

Walaupun projek ini dibatalkan, mereka masih wujud dalam dunia automotif menerusi perisian CarPlay yang bakal mendominasi semua jenis skrin paparan dalam kereta.

Google ads
Back to top button