Artikel Pilihan

BMW X6 GENERASI PERTAMA. INIKAH DIA SUV COUPE PERTAMA DI DUNIA?

BMW sememangnya terkenal dengan penghasilan kereta yang cukup eksklusif untuk digunakan oleh CEO mahupun golongan ada ada terutamanya di negara kita yang mengkhususkan pemiliknya duduk di bahagian kerusi belakang. Namun BMW tidak pernah meminggirkan untuk mereka yang ingin memandu sendiri sebuah jenama BMW tetapi dalam masa yang sama masih lagi mengekalkan sifat yang patut ada pada kereta buatannya.

Ini adalah BMW X6, sebuah SUV Coupe yang pertama seumpamanya di dunia ketika ianya mula diperkenalkan kepada umum di Frankfurt Auto Show 2007 sebagai model konsep. Dan ianya segera diluncurkan untuk tempahan umum April 2008.

Ketika mula diperkenalkan, BMW X6 ini juga dikenali sebagai Sports Activity Coupe (SAC) ini telah dianggap sebagai model perdana bagi BMW dan ianya diposisikan di atas daripada model BMW X5. Walau pun ianya adalah jenama dari Jeman namun produksi massa model ini diperbuat melalui kilang BMW di Greer, South Carolina.

Penampilan luaran generasi BMW X6 ini ternyata cukup mudah untuk menarik perhatian. Ianya mewarisi DNA model BMW Model X yang sebelumnya tetapi ditafsirkan dengan gaya yang baharu dan cukup sporty. Terutamanya membabitkan rekaan bumbung belakang yang condong bagi menampilkan identiti sebuah coupe.

Ketika mula dilancarkan, ianya ditawarkan dengan dua pilihan varian, yang pertama xDrive50i (enjin 4.4 liter V8, dengan kuasa 400 hp & 450 lb.-ft tork) dan juga xDrive35i (enjin 3.0 liter enam silinder sebaris dengan kuasa 300 hp & 300 lb.-ft tork). Kedua dua trenkuasa ini dilengkapi dengan Turbo Berkembar yang menjadikan ianya sebuah SUV Coupe yang cukup berkuasa dan sedap untuk dipandu.

BMW X6 ini juga didatangkan ciri standard dengan teknologi pacuan semua roda xDrive pintar BMW dengan kawalan elektronik untuk pengagihan kuasa pemacu yang berubah-ubah antara gandar hadapan dan belakang. Ianya diselaraskan secara konsisten kepada keadaan pemanduan pada setiap masa dan dalam apa juga situasi.

Dan ketika pada tahun 2009, BMW turut memperkenalkan varian M terhadap model X6 ini khusus untuk mereka yang lebih mengilai kuasa daripada Siri M tersebut. Menggunakan enjin daripada 4.4 liter V8, ianya kini mampu menghasilkan kuasa sehingga 547 hp dan juga 499 lbf⋅ft tork. Lebih berkuasa dan bertenaga.

Tahukah anda bahawa BMW X6 E71 ini hanya mempunya empat tempat duduk yang mana ianya lebih mengkhususkan untuk kesedapan memandu. Sungguh pun demikian, bukaan untuk pintu belakang cukup lebar untuk memudahkan keluar masuk. Manakala ruang kepala di belakang sebenarnya juga masih cukup selesa walaupun ianya dihuni oleh penumpang yang agak tinggi.

Bahagian kargo juga cukup luas sehinggakan ianya mampu membawa empat buah beg golf tanpa masalah berserta empat penumpang diisi penuh.

Hayat model E71 ini ditamatkan dan digantikan dengan generasi kedua BMW X6 (F16) bermula pada tahun 2015. Malah generasi ketiga G06 dengan rekaan gril yang besar dan ekstrim itu telah pun berada di pasaran semenjak tahun 2020 lagi.

Oh ya, kini harga terpakai untuk BMW X6 generasi pertama hanyalah dalam lingkungan harga RM50,000 sahaja. Bolehlah kalau nak beli buat eksyen dengan bekas makwe dan juga bekas emak mertua tak jadi. Mereka bukannya kenal pun kan ini kereta lama. Kannn?

BACA : BMW 8 SERIES E31 – INILAH DIA PENDAHULU KEPADA MODEL G15

BACA : BMW 2002 TURBO – INI BARULAH BETUL BETUL RARE

Google ads

B K

Back to top button