Buletin

BOSCH MOBILITY AFTERMARKET DEDAH LAPAN PRODUK BAHARU UNTUK PASARAN MALAYSIA

Bosch Mobility Aftermarket (MA) hari ini memperkenalkan rangkaian produk baharu dengan teknologi terkini.

Setiap produk direka khusus untuk meningkatkan prestasi kenderaan ke tahap optimum, memperkukuh aspek keselamatan, serta memaksimumkan kecekapan – menjadikan setiap perjalanan lebih lancar, selamat, dan berdaya tahan.

Lapan produk baharu yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

“Kami teruja memperkenalkan produk canggih ini kepada pihak berkepentingan, seiring dengan komitmen teguh kami untuk terus menawarkan hanya yang terbaik daripada jenama yang telah dipercayai sejak lebih 100 tahun.

“Keunggulan kualiti serta kepakaran industri yang menjadi nadi Bosch kini diperkukuh dengan hala tuju baharu kami, iaitu Driver’s Choice: Ask for Bosch,” kata Pengarah Perniagaan Negara Bosch Mobility Aftermarket Malaysia, Dillion Goh Kian Chiang.

“Pendekatan ini bukan sekadar satu langkah ke hadapan dalam inovasi, tetapi juga bukti nyata dedikasi kami dalam menyediakan komponen automotif berkualiti tinggi serta teknologi canggih yang memenuhi jangkaan pelanggan kami,” tambahnya.

GALERI:

Google ads
Back to top button