Buletin

BOSCH UMUMKAN KERJASAMA DENGAN YONAH UNTUK BANTU USAHA TINGKATKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DI PAPUA NEW GUINEA

Bosch mengumumkan yang mereka akan bekerjasama dengan Yonah (projek khas daripada alumni National University of Singapore) dalam memperbaiki dan meringankan masalah kesihatan yang di hadapi penduduk Papua New Guinea. Mereka akan membantu dari aspek menyelamatkan nyawa dan penghantaran bekalan perubatan menggunakan dron kargo dan infrastruktur yang dibangunkan oleh teknologi Bosch.

Ini merupakan projek pertama Yonah di Papua New Guinea dan mereka bercadang menghantar vaksin pelalian  ke hampir dua dozen lokasi terpencil. Adalah penting untuk vaksin ini dihantar dengan cepat kerana ia mempunyai tarikh luput yang pendek. Teknologi autonomi yang sedang dibangunkan merupakan pilihan yang tepat sebagai penyelesaian.

Sebagai rakan teknologi Yonah, Bosch akan membantu dari segi kewangan, tajaan peralatan dan bantuan kemahiran teknikal.

Yonah merupakan hasil inspirasi sekumpulan pasukan perintis yang berkinjung ke sana pada tahun 2016 dan mendapat kesukaran logistik disebabkan keadaan mukabumi dan ketiadaan jalan raya yang boleh dilalui. Ia menyebabkan kos logistik menjadi sangat tinggi untuk membawa alat-alat dan bekalan perubatan yang diperlukan. Yonah ditubuhkan untuk memudahkan proses penghantaran bekalan ke mana-mana komuniti yang memerlukannya.

BACA: DRONE NISSAN GT-R

Ong Tian Chang, salah seorang pengasas Yonah sebelum ini pasukan imunisasi kesihatan terpaksa berjalan kaki ke lokasi sejauh 20 ke 30 kilometer dan memakan masa hampir 3 hari. Proses imunisasi rutin ke lokasi terpencil juga kadang-kadang menngambil masa sehingga 12 hari. Satu jangka masa yang panjang untuk vaksin tiba ke kawasan yang memerlukan. Kini mereka telah menyedari akan potensi menggunakan dron berautonomi untuk menghantar vaksin ke kawasan tersebut.

Inovasi memungkin segalanya

Bosch mendapat tahu tentang projek yang dijalankan Yonah dan membuat keputusan untuk terlibat sama sebagai rakan teknologi. Langkah ini diambil bagi membolehkan pelajar turut serta dengan tajaan kewangan Bosch selain bantuan peralatan dan khidmat nasihat.

Pasukan ini akan berusaha menambah baik sistem penghantaran kargo di kawasan tanah tinggi Papua New Guinea dengan bantuan peralatan dan teknologi Bosch khususnya dalam membina infrastruktur khas untuk dron autonomi bagi memudahkan penghantaran vaksin. Bosch juga turut menyediakan khidmat latihan untuk memastikan semua peralatan digunakan secara efisyen.

“Membuat perubahan bagi memastikan kehidupan yang lebih baik melalui inovasi merupakan satu pegangan di Bosch,” kata Martin Hayes, Presiden Bosch Asia Tenggara. Mereka sememangnya cukup mementingkan kepentingan sosial dengan memberikan penyelesaian yang diperlukan. Mereka juga menyatakan kebanggaan  dalam memberi sokongan kepada Yonah dan berkongsi teknologi dengan mereka. Gabungan keduanya memberi contoh perubahan positif dalam komuniti global hari ini.

Dengan infrastruktur dron kargo yang baru disiapkan itu, Yonah kini akan menguji buat pertama kalinya penerbangan untuk menghantar vaksin ke bahagian-bahagian terpencil Papua New Guinea.

Bosch pula berharap untuk meneruskan usaha murni mereka memberi sokongan kepada Yonah dalam misi mereka melalui teknologi dan inovasi yang dipelopori mereka selama ini.

Google ads
Back to top button