BuletinMotosikal

TAHUKAH ANDA CEO BAHARU YAMAHA INI NAIK MOTOSIKAL APA?

Salah satu budaya karier Jepun atau Asia ialah ketua syarikat yang tidak mengejar populariti atau sensasi. Ini berbeza dengan budaya organisasi di Amerika Syarikat. Jika ditanya siapa Mark Zuckerberg, Bill Gates, Steve Jobs atau Elon Musk kemungkinan tinggi ramai yang mengenalinya.

Jika ditanya tentang Abang Japar pula pasti yang ramai hendak mengambil swafoto walaupun di negara Jepun. Terima kasih kepada kereta tiga skru yang telah berjaya imej Abang Japar jauh ke dunia glamor. 

Di Jepun lain terus caranya, kita mungkin kenal ramai tokoh-tokoh automotif tetapi tidak semuanya popular. Mereka lebih suka jika hasil bekerja secara berkumpulan dikenali berbanding hasil kerja satu pihak sahaja.

Contoh terbaru ialah apabila pada 1 Januari lalu Yamaha Motor Co., Ltd. menerima seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden baharu iaitu Yoshihiro Hidaka. Jika diikutkan perlantikan seperti ini adalah perkara biasa dalam dunia korporat tetapi ada suatu yang menarik tentang beliau.

CEO baharu Yamaha ini sebenarnya bukan mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan mahu pun bisnes tetapi graduan dari fakulti undang-undang. Hebat sebab belajar undang-undang tetapi jadi CEO dan Presiden gergasi motosikal.

Selain itu satu lagi perkara menarik tentang Yoshihiro Hidaka ialah beliau memang seorang Mat Moto. Tahukah motosikal yang dinaiki beliau? Yamaha NVX? LC? Y15? YP? 125? 

Salah. Beliau sebenarnya seorang pemilik jentera hebat Yamaha YZF-R1M. Tambah menarik lagi apabila beliau pada tahun ini bakal berusia 55 tahun.

Hebat bukan? Agaknya kalau ajak beliau ride ke Lemang To’ki nak ke tidak ni. Apa pun kepada mereka yang bercita-cita jauh dalam bidang automotif, di bawah ialah latar belakang Yoshihiro Hidaka, CEO dan Presiden Yamaha Motor Co., Ltd.

Biodata:

  • Nama: Yoshihiro Hidaka
  • Tarikh lahir: 24 Julai, 1963
  • Tempat kelahiran: Aichi, Jepun

Garis masa:

  • Mac 1987 – Tamat belajar dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Nagoya
  • April 1987 – Mula bekerja di Yamaha Motor Co., Ltd.
  • Julai 2010 – Naib Presiden Eksekutif, Yamaha Motor Corporation, A,S
  • Januari 2013 – Pengurus Besar Eksekutif, Unit Bisnes Ketiga Operasi Bisnes Motosikal
  • Mac 2014 – Pegawai Eksekutif Yamaha Motor Co. Ltd.
  • Januari 2015 – Pengurus Besar Eksekutif, Unit Bisnes Kedua Operasi Bisnes Motosikal
  • Januari 2016 – Pengurus Besar Eksekutif, Unit Bisnes Pertama Operasi Bisnes Motosikal dan Pengurus Besar Bahagian Jualan Asean
  • Januari 2017 – Ketua Pengurus Besar Perancangan Korporat dan Kewangan
  • Mac 2017 – Pengarah Yamaha Motor Co., Ltd.
  • Mac 2017 – Pegawai Eksekutif Kanan, Yamaha Motor Co., Ltd.
  • Januari 2018 – Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Wakil Pengarah Yamaha Motor Co., Ltd.

BACA: YAMAHA PERKENAL WARNA BIRU & HITAM BAHARU UNTUK R25 2018 – HARGA KEKAL RM20,630

BACA: YAMAHA AEROX 155VVA R-VERSION DI INDONESIA – DUA WARNA BARU, PERAK DAN KUNING

Google ads
Back to top button