
BRIDGESTONE PREMIUM KINI DIBUKA DI SUNWAY
Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. (Bridgestone Malaysia), mengumumkan pembukaan Bridgestone Premium terbarunya di Sunway.
Dibangunkan dengan kerjasama rakan niaga Apex Tyre & Car Care Sdn. Bhd., Bridgestone Premium komited untuk menawarkan perkhidmatan tayar dan automotif kelas premium kepada komuniti setempat.
Terletak secara strategik di kawasan sibuk Bandar Sunway, Bridgestone Premium yang baru ini bertujuan untuk menetapkan penanda aras baharu dalam peruncitan automotif.

Kemudahan yang canggih ini dilengkapi untuk mengendalikan pelbagai perkhidmatan, daripada penukaran tayar untuk kereta penumpang kepada kenderaan berprestasi tinggi.
Tambahnya lagi, ia dijangka menjadi pilihan utama bagi pemandu yang mengutamakan kualiti, keselamatan, dan prestasi.
Apex Tyre & Car Care Sdn. Bhd. menjadi pengedar Bridgestone selama lebih 20 tahun. Kini, di bawah pimpinan generasi kedua, mereka telah meningkatkan pengalaman perniagaan peruncitan mereka dengan menyertai Bridgestone untuk menubuhkan kedai Premium ini.
“Kami sangat bersyukur atas kepercayaan dan sokongan yang telah ditunjukkan oleh Apex Tyre & Car Care Sdn. Bhd. selama dua dekad.

“Penubuhan Bridgestone Premium melambangkan komitmen, menawarkan produk dan perkhidmatan premium yang selaras dengan standard global Bridgestone,” kata Pengarah Urusan Bridgestone Malaysia, Michael Chung.
“Pelanggan boleh mengharapkan pengalaman yang lancar termasuk nasihat pakar, perkhidmatan luar biasa, dan penyelesaian tayar yang unggul di pasaran,” tambahnya.
“Kerjasama ini membolehkan kami berkembang bersama dan mentakrifkan semula apa yang boleh ditawarkan oleh sebuah kedai tayar,” ujar Pengarah Urusan Apex Tyre & Car Care Sdn. Bhd., Encik Sit Chee Wei.
Dengan pembukaan Bridgestone Premium ini, penduduk Sunway kini mempunyai akses kepada perkhidmatan tayar dan automotif kelas dunia yang mampu meningkatkan keselamatan serta prestasi kenderaan mereka.


